Share:

CERAMAH MOTIVASI DAN LALUAN KE UUM

10 JANUARI 2018 : Pada jam 2:10-3:30 petang satu program dibawah Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling KTEP jalinan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dijalankan di Perpustakaan KTEP. Program ini melibatkan semua pelajar KTEP dan guru-guru KTEP juga turut serta dalam taklimat ini. Penceramah dalam program ini ialah DR Jafri bin Hj Zulkepli dari UUM. 

Selepas program ini para pelajar KTEP dapat mengetahui syarat-syarat kemasukan ke UUM. Program ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada para pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik supaya berpeluang menyambung pelajaran di peringkat universiti. 






















Share:

Share:

TAKLIMAT DISIPLIN


8 JANUARI 2018 : Taklimat Disiplin diadakan di Perpustakaan KTEP pada jam 2:10-3:30 petang. Semua pelajar KTEP terlibat dengan taklimat disiplin ini. Taklimat disiplin ini telah disampaikan oleh Penyelaras Unit Disiplin KTEP iaitu En. Mohd Khir bin Yusof. Pelajar didedahkan dengan beberapa peraturan di KTEP. Antaranya ialah kesalahan berat, sistem demerit, etika berpakaian dan contoh pakaian yang dibenarkan dan tidak dibenarkan di KTEP. 

Taklimat disiplin ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar KTEP supaya mereka mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. 








Share:

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1439H PERINGKAT KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN

4 JANUARI 2018 : Majlis Sambutan Maulidul Rasul peringkat KTEP telah disambut di Dewan Terbuka KTEP dari jam 10:30 pagi sehingga jam 12:30 tgh hari. Majlis ini disambut bagi melahirkan rasa kecintaan yang tinggi kepada Rasulullah S.A.W, memperingati sejarah kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan dan mengembangkan agama Islam, menginsafi diri dan berusaha untuk menjadi umatnya yang bertakwa dan meneruskan perjuangan baginda, dan melahirkan rasa ukhuwah sesama umat Islam di KTEP. Semua warga KTEP beragama Islam terlibat dengan majlis ini. Ceramah maulidul rasul " Rasulullah Inspirasi Kecemerlangan Pelajar" disampaikan oleh Ustaz Salahudin Jaffar.





























Program Penerokaan Kerjaya bagi pelajar bukan Islam

Dalam masa yang sama pelajar bukan Islam terlibat dengan Program Penerokaan Kerjaya di Perpustakaan KTEP bersama Pn. Zahriah. Program ini bagi mengenalpasti potensi diri pelajar dalam prestasi akademik, mengenal minat kerjaya pelajar dan menentukan program yang akan diambil di IPT.


 














Share:

SELAMAT KEMBALI KE KOLEJ

1 JANUARI 2018 : Sesi persekolahan bagi tahun 2018 telah bermula. Semasa Perhimpunan Rasmi kali pertama bagi tahun ini, sijil penghargaan telah diberikan kepada pelajar yang mempunyai kehadiran cemerlang sepanjang tahun 2017 dibawah Program Guru Penyayang. Seramai 51 orang pelajar yang telah menerima sijil kehadiran cemerlang. 

Objektif Guru Penyayang : 
  1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 
  2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan aset pendidikan.
  3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah/ kolej.
  4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. 























Share:

JELAJAH TRANSFORMASI UPSI DAN UUM KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN


4-6 DISEMBER 2017 : Seramai 35 orang pelajar Senior diiringi 5 orang guru KTEP telah membuat lawatan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk :
  1. Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kehidupan di alam kampus. 
  2. Memberi pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai cara hidup dari segi ekonomi dan sosial di negeri yang dilawati. 
  3. Memberi kesedaran dan menanamkan semangat berusaha bersungguh-sungguh untuk menjejakkan kaki ke menara gading.
Selain itu, pelajar juga dibawa melawat ke Muzium Padi, Taman Ular dan Reptilia, Taman Herba, Gua Kelam dan Padang Besar. 

Gambar di UPSI 
























Gambar di UUM






 








Gambar di Gua Kelam 













Share: