PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-62 (SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH)

26 OGOS 2019 : Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-62 telah diadakan di Dean Al-Farabi KT6 Pontian dari jam 2.00 -3.20 petang. Turut hadir ialah Tn Hj Abdul Rahim bin Pidek , YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan pergerakan tetamu dan guru masuk ke dewan, nyanyian lagu Bnagsa Johor, bacaan doa, ucapan Tn Pengetua iaitu Cikgu Mastura Aladdin bin Masro, gimik pelancaran, persembahan pelajar, nyanyian 3 lagu patriotik ( Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 Ogos), nyanyian Lagu Negaraku dan majlis bersurai. 

Objektif  Program : 
  • Memupuk dna menyemarakan semangat patriotism dalam jiwa pelajar kolej supaya terus kekal sehingga dewasa.
  • mencetuskan dan menyemarakan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan. 
  • mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan antara pelbagai kaum. 
  • menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka sempena menjalankan program ini. 























Share:

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN


22 OGOS 2019 : Sambutan Hari Kokurikulum KT6 Pontian telah dilaksanakan pada hari Khamis yang lalu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan semasa Hari Kokurikulum tersebut.  Antaranya ialah senamaerobik, gerai jualan, pertandingan badminton, petanque, e-game dan pertandingan peringkat daerah iaitu escape room, bola tampar, futsal dan zapin. Pertandingan peringkat daerah melibatkan SMK Benut, SMK Sri Kukup, SMK Penggawa Barat, SMK Sri Perhentian dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.

Matlamat program :
Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien sebagaimana hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu cemerlang  dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk memantapkan modal insan.

Objektif program ini adalah :
1. Menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar tingkatan enam untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan untuk memimpin menerusi aktiviti yang disertai.
2. Memupuk sikpa toleransi, kerjasama, bertanggungjawab dalam pasukan serta meningkatkan keberanian dan keyakinan diri para pelajar.
3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.























































Share: