Johor Extreme Vigil Camp and Johor Rover Gathering

Johor Extreme Vigil Camp and Johor Rover Gathering telah dilaksanakan pada 11-13 Julai 2019. Selama 3 hari ini seramai 33 orang pengakap kelana dari Kolej Tingkatan Enam Pontian dengan diiringi 2 org guru penasihat iaitu Cikgu Siti Aida binti Muri dan Cikgu Hamidah binti Abdullah telah berkampung di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor. Perkhemahan ini telah berjaya menarik seramai hampir 500 orang peserta pengakap kelana di seluruh negeri Johor.

Para peserta perkhemahan melalui hari yang padat dengan aktiviti yang telah disediakan dari pagi hingga ke malam. Pada hari pertama, aktiviti peserta diisi dengan slot pengenalan skim pengakap kelana, sejarah pengakap malaysia dan dunia, tujuan pengakap kelana, persetiaan pengakap, undang-undang pengakap, lagu-lagu pengakap dan istiadat pengakap.

Pada hari kedua pula, aktiviti lebih padat yang mana peserta dimulai dengan senaman pagi, istiadat pagi, simpulan dan ikatan, pertolongan cemas, kawad kaki, flying fox, majlis rovers gathering, malam kebudayaan dan diakhiri dengan ujian bertulis pada lewat malam.

Pada hari ketiga pula, bermula dengan senaman pagi, istiadat pagi, pengurusan buku log pengakap, santai pantai, khidmat masyarakat, pengesahan buku log dan majlis penutup. Para peserta telah dipasangkan epolet di uniform masing-masing oleh pesuruhajaya pengakap negeri Johor, Tn. Hj Yaackob bin A. Karim melambangkan telah dilantik sebagai pengakap kelana secara rasmi. 

Pada pukul 3.00 petang, para peserta dibenarkan pulang ke tempat masing-masing setelah sesi pengemasan kawasan khemah dilakukan.





















Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.