Majlis Pelancaran Pelan Reka Bentuk Surau Al-Falah Kolej Tingkatan Enam Pontian

Jam 11:00 pagi 26 November 2020. Satu majlis ringkas telah diadakan bagi melancarkan pelan reka bentuk Surau Al-Falah Kolej Tingkatan Enam Pontian. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua : En. Mastura Aladdin Bin Masro di iringi oleh Yang Dipertua PIBG: Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Pidek , Guru-guru Penolong Kanan , J/K Pembinaan serta guru-guru. Pelan reka bentuk yang dilakar oleh MNR Architects Sdn. Bhd. dianggaran kos projek adalah sebanyak RM400 ribu dan dana terkumpul baru mencapai sekitar 20% dari penyumbang individu. Bagi yang berminat untuk menyumbang bolehlah di salurkan ke akaun seperti di bawah.



Share:

Tahniah Dan Selamat Datang Pengetua Baharu : Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Mohd Nor

 


Tahniah Dan Selamat Datang Tuan

26 November 2020: Tahniah diucapkan kepada tuan pengetua, Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Mohd Nor atas perlantikan beliau sebagai pengetua di Kolej Tingkatan Enam Pontian. Untuk makluman, Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Mohd Nor sebelum ini berkhidmat di Sekolah Tinggi Kluang sebagai pengetua semenjak tahun 2017.

Share:

Majlis Ringkas Getik Akhir Persaraan Tuan Pengetua : En. Mastura Aladdin Bin Masro


Tepat jam 3:30 petang 26 November 2020, majlis getik akhir perkhidmataan tuan pengetua En. Mastura Aladdin Bin Masro yang menamatkan perkhidmatan pada usia 60 tahun. Tuan pengetua mula berkhidmat di Kolej Tingkatan Enam Pontian mulai 6 Januari 2017. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan atas kecemerlangan jasa dan bakti yang telah disumbangkan. Terima Kasih Tuan..

Share:

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG STPM SEMESTER 2 NGMP 3.00 HINGGA 4.00

5 NOVEMBER 2020 telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang STPM Semester 2 kepada pelajar yang mendapat NGMP 3.00 hingga 4.00. Seramai 42 orang pelajar yang menerima anugerah ini. 4 orang daripadanya adalah pelajar yang mendapat 4.00 








































PNGK 4.00







Share:

MAJLIS PELANCARAN LAGU SEKOLAH KT6 PONTIAN

 5 NOVEMBER 2020 telah diadakan Majlis Pelancaran Lagu Sekolah di Dataran Kejat pada jam 7.30 sehingga 8.10 pagi. Lagu ini merupakan hasil ciptaan dan gubahan oleh tenaga pengajar KT6 Pontian sendiri. 

Lagu Kolej Tingkatan Enam Pontian : Ilmu Penjana Kecemerlangan 

Lirik oleh Cikgu Haji Azahar bin Ahmad

Lagu oleh Cikgu Rohana binti Bukhari dan Cikgu Shazul Azlan bin Abdul Samad













Share: