FIT MASJID PERINGKAT NEGERI JOHOR

27 JULAI 2019 : Pelajar Semester 1 KT6 Pontian telah menyertai program Fit MAsjid peringkat negeri Johor di Masjid Bandar Pontian. Seramai 7 orang guru pengiring turut serta dalam program ini iaitu Cikgu Hj Azahar bin Ahmad, Cikgu Tan Chin Huat, Cikgu Hamidon bin Busro, Cikgu Hamidah binti Saat, Cikgu Rosyatimah binti Pachuri, Cikgu Wan Nurul Asikin binti Meor Zainal Abidin.





Guru-guru Pengiring 




Share:

KUIZ PERINGKAT KEBANGSAAN SCIENCE DISCOVERY CHALLENGE 2019

20 JULAI 2019 : 3 orang pelajar KT6 Pontian telah menyertai kuiz peringkat kebangsaan Science Discovery Challenge bertempat di IMU. Penganjur program ialah IMU dan KPM iaitu Tan An Chee (ST1), James Fong Jia Lekh(ST1) dan Tan Wan Yi(ST2) bersama seorang guru pengiring iaitu Cikgu Hjh Hamidah binti Abdullah.

KT6 Pontian terpilih ke semi final. 66 team terpilih dari 3000 lebih team dari satu malaysia yang menyertai SDC2019. Hanya 1 pasukan dari kT6 Pontian yang berjaya ke semi final terdiri daripada 3 orang pelajar .

Dari semi final 20 team masuk ke final. Tetapi malangnya kolej gagal ke final dengan markah  yang terlalu hampir. Apa pun syabas kerana ini adalah kali pertama kolej menyertai SDC setelah IMU menganjurkannya sebanyak 5 kali. Mungkin KT6 Pontian boleh cuba lagi pada SDC ke 6. Segala komitment mereka dalam persediaan ke SDC amatlah dihargai  dan segala pengalaman yang dilalui membuka minda mereka untuk terus menambah pengetahuan am dalam arena sains dan ini menjadikan mereka lebih bersemangat utk menjadi pelajar yang outstanding dan outspoken.









Share:

LARIAN TAUTAN KASIH TINGKATAN ENAM PERINGKAT KEBANGSAAN

27 JULAI 2019 : Program Larian Tautan Kasih Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Stadium Kluang. Seorang pelajar KT6 Pontian telah mendapat tempat ke-8 bagi kategori 6 rendah iaitu Syahmee Nur Haqiem bin Shahrom Nizam. 






Senaman aerobik



Majlis Penutup 

Tempat ke-8 
Syahmee Nur Haqiem bin Shahrom Nizam






Share:

PROGRAM PEMBUDAYAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN MENERUSI TAFSIR IBNU KATSIR SERTA SERAHAN WAKAF KITAB TAFSIR IBNU KATSIR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2019

23 JULAI 2019 : Program ini telah diadakan di Bilik Tayang KT6 Pontian dari jam 2:00 -2:30 petang. Program ini melibatkan semua guru muslim KT6 Pontian. Penceramah ialah Encik Mohd Fuad Bin Mohammad Farid Khan dari IK Dot My Sdn Bhd.











Share:

KUIZ KIMIA KEBANGSAAN 2019 (K3M)

18 JULAI 2019 : 27 orang pelajar KT6 Pontian telah menyertai Kuiz Kimia Kebangsaan 2019. Kuiz diadakan di Makmal Kimia KT6 Pontian pada jam 11.00 pagi. 

Objektif : 

1. Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia dianjurkan sebagai satu ujian bertulis untuk menguji kefahaman dalam ilmu kimia dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
2. menimbulkan minat pelajar terhadap kimia. 
3. memilih pelajar kimia yang terbaik untuk mengambil bahagian dalam International Chemistry Olympiad (ICho).





Share:

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BUKU & MOKCEK "SIR MEMBERSHIP CARD"

21 JULAI 2019 : Majlis Penyerahan Sumbangan Buku & Mokcek "SIR Membership Card" telah diadakan di Dewan Al-Farabi KT6 Pontian. Penyerahan Buku Sumbangan dan Mokcek disampaikan oleh Pn. Norashikin binti Shaharudin , Pengurus Besar, Yayasan Bank Rakyat. 

Serambi Ilmu Rakyat (SIR) adalah perpustakaan di bawah Yayasan Bank Rakyat telah menjalankan program "Book Donation Project" dimana buku-buku yang diterima oleh Yayasan Bank Rakyat disalurkan kepada pihak yang memerlukan. 




















Share:

PROJEK HIKING DAN PROGRAM SAYANGI ALAM


13 JULAI 2019 : Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar telah melaksanakan Projek Hiking dan Program Sayangi Alam di Gunung Lambak, Kluang. Seramai 37 orang pelajar dan 4 orang guru telah mengikuti program ini.

Objektif program ini adalah untuk : 

1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan ahli kelab Rekreasi dan alam sekitar. 
2. Memupuk semangat kerjasama antara ahli.
3. Memupuk semangat cintakan alam semula jadi. 




Guru Pengiring : 
1. Cikgu Mohd Khir bin Yusof
2. Cikgu Azizah binti Mohamad















Guru Pengiring :
3. Cikgu Norhisham bin Mustaffa









Share: