LATAR BELAKANG KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN


                    LATAR BELAKANG & SEJARAH KT6P

Institusi pendidikan ini telah mula dibina pada tahun 2008 di atas kawasan seluas 11 ekar atau 4.45 hektar, di lokasi PTD 15944 Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian Johor Darul Ta’zim.   Premis terdiri daripada 5 buah blok bangunan tiga tingkat iaitu (blok A, B, C, D dan E) beserta sebuah bangunan kantin dan sebuah garaj kereta. Pada bahagian belakang bangunan blok E terdapat sebuah padang dan gelanggang permainan.
           
            Institusi pendidikan ini ditubuhkan pada 05 Mei 2014 dan diperakukan untuk beroperasi sepenuhnya sebagai sekolah baru lokasi bandar pada 19 Mei 2014, dengan kod dan nama JEA 6013 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BANDAR PONTIAN.   Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ini adalah gabungan daripada 2 buah sekolah yang menawarkan pengajian di peringkat tingkatan 6 di kawasan Pontian iaitu SMK Sri Perhentian dan SMK Dato’ Penggawa Barat. Seramai 168 orang pelajar Senior, 41 orang guru serta 5 orang staf sokongan terlibat dengan perpindahan ini. Pelajar Junior yang mendaftar Tingkatan Enam sesi Mei 2014/2015 merupakan murid sulung sekolah ini.

            Bagaimanapun, berikutan penukaran nama Pusat Tingkatan Enam MOD 1 kepada Kolej Tingkatan Enam, surat rujukan: KPMSP.100-1/7/2 (55) bertarikh 23 Mei 2016 maka sekolah ini telah ditukar (nama) kepada JEA 6013 KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN berkuatkuasa pada 23 MEI 2016.

VISI     :  Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI    :  Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Demi Membangun Potensi  Individu Bagi    Memenuhi Aspirasi Negara

Dengan Hasrat  :
·         Cemerlang dalam bidang akademik- pembinaan intelek dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini untuk memperoleh pencapaian dalam peperiksaan STPM terbaik bagi membolehkan pelajar berjaya ke universiti.
·         Cemerlang dalam konteks “Personality Grooming”- memperkasa kemahiran insaniah (softskill) , menggilap kepimpinan, keterampilan, bakat, minat dan kemenjadian setiap pelajar dalam pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
·         Cemerlang dalam konteks “Personality Building”- membina akhlak dan sahsiah yang baik, berbudi pekerti mulia, serta kesopanan dan kesantunan yang tinggi sebagai teras pembangunan modal insan.
·         Melahirkan pelajar Tingkatan Enam dalam konteks “ Global Player”- berfikiran aras tinggi, dan berfikir di luar kotak bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar di peringkat domestik dan antarabangsa.

SLOGAN       :  “Superb, Bold, Persistent”
MOTTO          :  Ilmu Penjana Kecemerlangan