Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Kali Ke-64

 


Share:

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN STPM SEMESTER 1 & PERTENGAHAN SEMESTER 2 KOHORT 2021

 



*Salam Sejahtera*

*Salam Kolejku Sayang*

*Towards Magnificent Victory*


Memandangkan tahun ini kita masih dalam PKP ,pihak kolej akan terus memastikan perkembangan kemajuan pelajar dalam bidang  akademik di peringkat STPM.

 Oleh itu, pihak kolej dengan ini menyerahkan slip keputusan semester 1 dan ujian pertengahan semester 2 kepada pihak ibu bapa untuk disemak difahami dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi menyokong peningkatan prestasi akademik anak-anak di rumah.


Beberapa perkara yang perlu di fahami dari keputusan yang diberi ialah:


1.Slip semester 1 adalah  keputusan akhir sem 1 yang akan diambil pengiraannya bagi keputusan keseluruhan STPM  2021 dan masih boleh dibaiki jika telah mendaftar ulangan


2.Slip keputusan ujian pertengahan semester 2 adalah penilaian di peringkat kolej menunjukkan prestasi pelajar sebelum peperiksaan percubaan dan peperiksaan  akhir semester 2  2021.

Masih ada masa untuk memperbaiki dengan berusaha keras sebelum peperiksaan akhir semester 2 pada 25 hingga 28 Oktober 2021 nanti.


3. Sasaran kolej pada tahun ini adalah PNGK 3.36 .


4.Bagi menjamin pelajar berjaya menempatkan diri di IPTA nanti, pelajar mestilah mencapai PNGK 3.0 ke atas dan MUET mencapai Band 3.

 

5.Besarlah harapan kami agar ibu bapa dapat memantau dan memberi sokongan kepada anak-anak pelajar dalam pdpr ini.Sebarang masalah bolehlah dibincangkan bersama.


5.Pihak kolej mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga atas keprihatinan yang diberikan.

Share:

PENGAGIHAN MODUL BAGI PELAJAR SEMESTER 1

Pengagihan modul kepada pelajar Semester 1 telah dilakukan secara pandu lalu dan mengikut giliran kelas masing- masing. Ini bagi memudahkan proses PDPR pelajar. 














Share:

MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL KHAS KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN

 Pada 2 Ogos 2021 telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Khas Kolej Tingkatan enam Pontian. Majlis diadakan pada jam 8.00 malam secara atas talian. Majlis disertai oleh semua warga KT6 Pontian. 






Share:

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH BERSAMA PENGETUA SETIAP HARI KHAMIS

Majlis bacaan Yassin dan tazkirah pelajar-pelajar KT6 Pontian bersama pengetua diadakan pada setiap hari Khamis secara atas talian. 






Share:

SARINGAN MINDA SIHAT PELAJAR SEMESTER 1 DAN SEMESTER 2

Unit Bimbingan dan Kaunseling KT6 Pontian telah mengadakan program Saringan Minda Sihat bagi pelajar Semester 1 dan Semester 2. Program dijalankan secara dalam talian oleh Cikgu Zahriah.  






















Share: