PENGURUSAN JENAZAH

28 FEBRUARI 2018 : Program Pengurusan Jenazah telah diadakan di Dewan Terbuka KTEP bagi pelajar lelaki dan Musolla KTEP bagi pelajar perempuan. Guru dan Staf KTEP juga turut mengikuti program ini. Program ini dikelolakan oleh Ustazah Hanifah binti Ismail dan Ustaz Abu Sajid bin Sahid dari Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Pontian. Program berlangsung dari jam 2:10 petang dan tamat kira-kira jam 3:50 Petang.  

Pelaksanaan program ini dapat mendedahkan cara pengurusan jenazah yang betul kepada guru-guru, staf dan pelajar sekiranya berlaku kematian terutamanya dalam kalangan ahli keluarga dan juga jiran tetangga. 

PENGURUSAN JENAZAH (LELAKI)




















PENGURUSAN JENAZAH (PEREMPUAN) 
















Share:

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI 2018



24 FEBRUARI 2018 : Seramai 30 orang pelajar dan 3 orang guru Kolej Tingkatan Enam Pontian telah pergi ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara Zon Selatan di PERSADA Johor International Convention Center, Johor Bahru. Pelajar dapat mencari maklumat berkaitan dengan Universiti dan bidang yang ditawarkan di IPTA atau IPTS. 

Karnival ini dianjurkan oleh Kemeterian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berlangsung pada 24 & 25 Februari 2018.

Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pameran pendidikan, bimbingan kerjaya, konsultasi pendidikan, teknikal dan kemahiran, interaktif konsultasi UPU online, demonstrasi seni kreatif dan lain-lain. Karnival ini disertai oleh Universiti Awam, Universiti Swasta, Jabatan Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia. 
































Share:

TAKLIMAT MUET SPEAKING DAN PENYERAHAN SLIP PEPERIKSAAN

22 FEBRUARI 2018 : Taklimat MUET speaking dan penyerahan slip peperiksaan bagi peperiksaan yang akan berlangsung dari 27 Februari sehingga 6 Mac 2018. Semoga Berjaya!
















Share:

PERTANDINGAN AEROBIK

14 FEBRUARI 2018 : Pertandingan Aerobik telah diadakan pada hari Rabu sebelum cuti sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Pertandingan ini melibatkan semua platun APM dan Pengakap Laut. Pertandingan aerobik ini merupakan pertandingan mengikut kelas iaitu sebanyak 9 kelas yang menyertai pertandingan ini. Juri merupakn tenaga pengajar kolej iaitu En. Nor Kamal bin Nor Hashim, Tn. Hj. Azahar bin Ahmad, dan Pn. Rafidah binti Manap. Semua kumpulan memberikan persembahan yang sangat menarik bagi menarik perhatian juri untuk memenangi pertandingan aerobik ini. 






































Share:

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2018 PERINGKAT KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN

12 FEBRUARI 2018 : Sambutan perayaan Tahun Baru Cina peringkat kolej telah diadakan di Dewan Terbuka KTEP dari jam 2:10-3:30 petang. Semua warga Kolej bersama meraikan sambutan ini. 

















































Share: