MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STPM 2014

12 Mac 2015 adalah hari yang bermakna bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Seri Bandar Pontian kerana seramai 52 orang pelajar daripada 160 orang  telah diraikan dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan. Kesemua palajar yang menerima anugerah tersebut telah mendapat sekurang-kurangnya NGMP 3.00 manakala 2 orang pelajar yang terdiri daripada seorang aliran sains dan sastera telah mendapat purata nilai gred keseluruhan tertinggi iaitu 3.92. Majlis Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Di Pertua Ibu Bapa dan Guru SMK Seri Bandar Pontian iaitu Encik Daud Bin  Md Nor. Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM sesi 2014 merupakan majlis yang  julung kali diadakan di Pusat Tingkatan 6 ini.
Semoga kejayaan pelajar-pelajar ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar tingkatan 6 sesi 2015 untuk merperoleh keputusan yang lebih cemerlang.
















Share:

LAWATAN SMK BANDAR KOTA TINGGI KE SMK SERI BANDAR PONTIAN

12 Mac 2015, Pusat Tingkatan Enam SMK Seri Bandar Pontian telah menerima tetamu seramai  lebih kurang 60 orang pelajar tingkatan enam dan guru dari SMK Bandar Kota Tinggi. Di samping dapat menjalinkan hubungan silaturrahim, lawatan ini juga membolehkan para pelajar dan guru untuk bertukar-tukar idea dan pendapat bagi meningkatkan pengurusan dan pembelajaran di tingkatan enam.










Share:

PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Penyampaian hadiah bagi para pemenang Karnival Sukan peringkat sekolah telah dijalankan pada 11 Mac 2015 sewaktu masa ko kurikulum. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Karnival ini telah berjaya menyerlahkan bakat para pelajar dalam bidang sukan.



















Share:

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2015

Bertarikh 4 Mac 2015, Bersempena dengan Tahun Baru Cina pada tahun ini, Kelab Kerohanian bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Seri Bandar Pontian telah menganjurkan satu majlis sambutan tahun baru cina bagi tahun ini.
Majlis ini telah di jalankan pada waktu Kokurikulum iaitu bermula jam 2.10 sehingga 3.30 petang.
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah yang baharu , En Zainal bin Buang telah dijemput untuk memeriahkan majlis.


























Share:

Pengumumam keputusan STPM 2014

 2 Mac 2015, merupakan tarikh bersejarah kepada para pelajar STPM 2014 di mana pengumuman keputusan STPM 2014 telah dibuat pada hari itu. Ini juga merupakan sejarah bagi Pusat Tingkatan Enam, SMK Seri Bandar Pontian kerana ini merupakan pelajar-pelajar pertama yang mengambil STPM di sekolah ini walau pun mereka hanya sempat berada di sekolah ini untuk satu semester sahaja.
Dua orang pelajar telah berjaya memperolehi keputusan paling cemerlang dan seterusnya bergelar pelajar terbaik sekolah dengan memperolehi PNGK 3.92. Pelajar tersebut adalah Boo Wen Hao dari aliran sains dan Siti Atikah binti Md Yunus dari aliran kemanusiaan. Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga pelajar-pelajar lain yang beroleh keputusan cemerlang.

Boo Wen Hao bersama Puan Pengetua
Siti Atikah Md Yunus bersama Puan  Pengetua
Wajah- wajah ceria pelajar bersama keputusan masing-masing

Para pelajar sedang menyemak keputusan bersama guru kelas

Share:

Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Sekolah 2015

25 Februari 2015 satu karnival sukan peringkat sekolah telah dijalankan. Karnival ini bertujuan bagi menyediakan pelajar ke peringkat seterusnya iaitu daerah dan negeri di samping mendedahkan pelajar kepada pengurusan menganjurkan pertandingan itu sendiri.
Pelajar -pelajar dari lapan kelab sukan mengajurkan pertandingan secara terbuka bagi setiap kelab sukan permainan iaitu permainan ping pong, petanque, bola tampar, bola jaring, bola keranjang, futsal, badminton dan sepak takraw.
Secara amnya karnival seperti ini dapat memupuk daya kepimpinan pelajar di samping menggalakkan pelajar untuk terus bersukan walaupun di tingkatan enam dan seterusnya di pusat pengajian tinggi nanti.

























Share: