MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STPM 2014

12 Mac 2015 adalah hari yang bermakna bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Seri Bandar Pontian kerana seramai 52 orang pelajar daripada 160 orang  telah diraikan dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan. Kesemua palajar yang menerima anugerah tersebut telah mendapat sekurang-kurangnya NGMP 3.00 manakala 2 orang pelajar yang terdiri daripada seorang aliran sains dan sastera telah mendapat purata nilai gred keseluruhan tertinggi iaitu 3.92. Majlis Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Di Pertua Ibu Bapa dan Guru SMK Seri Bandar Pontian iaitu Encik Daud Bin  Md Nor. Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM sesi 2014 merupakan majlis yang  julung kali diadakan di Pusat Tingkatan 6 ini.
Semoga kejayaan pelajar-pelajar ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar tingkatan 6 sesi 2015 untuk merperoleh keputusan yang lebih cemerlang.
















Share: