MAJLIS PERSARAAN PUAN WOO KIT WAH


13 September 2018 : Majlis Persaraan Puan Woo Kit Wah  telah berlangsung dengan meriah di Dewan Al-Farabi KTEP dari jam 11:30 Petang sehingga jam 1:00 Petang. Puan Woo telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 39 tahun dan bersara pada usia 60 tahun pada 15 September 2018. Terima kasih dan tahniah diucapakan dari seluruh warga Kolej Tingkatan Enam Pontian.












Share:

' MORNING TEA' BERSAMA IBU BAPA DAN DIALOG PRESTASI PELAJAR SEMESTER 3


12 SEPTEMBER 2018 : Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan program 'Morning Tea'  dan Dialog Prestasi bersama ibu bapa pelajar Sasaran 4.0 (4 orang pelajar) dan Harapan 4.0 (11 orang pelajar). Pelajar yang lain terlibat dengan Dialog Prestasi bersama-sama guru yang lain mengikut kumpulan sasaran masing-masing. 

                          
Kumpulan Pelajar : 
                       1.  Sasaran   4.0 ( 4 orang )
                         2.  Harapan  4.0 ( 11 orang)
                         3.  Sasaran 3.50 ( 22 orang )
                         4.  Harapan  3.50 (18 orang aliran sains )
                           Harapan 3.50 ( 69 orang aliran kemanusiaan )
                         5.  Sasaran 3.0  ( 35 orang )
 

AGENDA

9.30 Pagi
 - Pendaftaran ibu bapa

9.45 Pagi
- Sesi Dialog Ibu Bapa bersama Pengetua
         - Motivasi JAKSA pelajar semester 3 bersama guru

10.45 Pagi
- Penutup sesi dialog
          - Rehat untuk pelajar dikantin seperti biasa

          - Jamuan ringan ibu bapa di Sanggar Santapan


OBJEKTIF

     1. Pelajar menggunakan JAKSA sebagai  bahan yang dapat memotivasikan diri  bagi  mencapai               keputusan yang disasarkan.
     2. Pelajar dapat menyusun strategi pembelajaran  bagi mencapai sasaran keputusan setiap mata               pelajaran .
     3. Meraih kerjasama dan sokongan dari pihak keluarga  pelajar sasaran dan harapan PNGK 4.0                STPM 2018 dan pendedahan kepada motivasi JAKSA.
     4. Meningkatkan kecemerlangan akademik serta mencapai sasaran  kolej dalam  STPM 2018





































Share:

APRESIASI SENI VISUAL STPM 2018


12 SEPTEMBER 2018 : Panitia Seni Visual telah menganjurkan Pameran Seni Visual di Bilik Pameran Aras Bawah, Blok D. Pameran ini menunjukkan hasil lukisan yang telah disiapkan oleh Pelajar semester 3 Kolej Tingkatan Enam Pontian yang mengambil subjek Seni Visual. 

Majlis Apresiasi Seni Visual ini dirasmikan oleh Tn. Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian iaitu En. Mastura Aladdin Bin Masro di Dewan Al-Farabbi. 

MAJLIS PERASMIAN OLEH TN. PENGETUA KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN , EN. MASTURA ALADDIN BIN MASRO 

















































Share:

PROGRAM GERAK MESRA MAJLIS DAERAH PONTIAN ZON PONTIAN H


5 SEPTEMBER 2018, semua Pelajar Semester 1 bersama 11 orang guru dan Tn. Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengikuti Program Gerak Mesra yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Pontian di Pusat Perdagangan Pontian. Program berlangsung dari jam 8:00 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari. 




































Share: