HARI SUKAN NEGARA

Pada 13 OKTOBER 2018 warga Kolej Tingkatan Enam Pontian telah bersama-sama menjayakan Hari Sukan Negara. Sebahagian pelajar amewakili pihak Kolej menjayakan Hari Sukan Negara peringkat daerah Pontian di Stadium Mini Pontian. Sebahagian pelajar lagi menyertai aktiviti sukan di Kolej. 

Hari Sukan Negara dimulakan dengan Majlis Pembukaan Perasmian yang disempurnakan oleh Tn. Pengetua KT6P iaitu En. Mastura Aladdin bin Masro. Seterusnya, semua warga kolej bersama-sama melakukan senamaerobik di Dataran Kejat KT6P yang diketuai oleh wakil ahli setiap kelab dan sukan. Selepas senamaerobik, semua acara sukan dimulakan. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah Bola Jaing, Badminton. Bola Tampar, Futsal dan Petanque. 


















































Share:

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERTINA 2017/2018 & 2018/2019


1O OKTOBER 2018 : Majlis Penyerahan Watikah Pertina telah diadakan di Dewan Al Farabi Kolej Tingkatan Enam Pontian. Ahli Pertina Sesi 2017/2018 telah menyerahkan tugas kepada ahli Pertina Sesi 2018/2019. 























Share:

PROGRAM 'JOM DUK STPM'

7 OKTOBER 2018 : Program 'Jom Duk STPM' merupakan ajuran daripada Majlis Peperiksaan Malaysia bersama Jawatankuasa Daerah Tingkatan Enam, (JKD) Daerah Pontian. Program ini telah berlangsung pada jam 9:30 padi di Dewan Al Frabi, Kolej Tingkatan Enam Pontian. 

Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Datuk Haji Moh Kassim yang merupakan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. Shaharudin Basri bin Hj Ibrahim (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pontian), GPK Tingkatan Enam Daerah Pontian dan Guru-guru Pengajian Am Tingkatan Enam Daerah Pontian. 

Objektif program ini ialah : 

  1. Mempromosikan dan menjelaskan tentang STPM.
  2. Memperkasakan sistem pendidikan tingkatan enam. 








































Share:

Ceramah Motivasi dan Laluan ke IPTA

 
 
 
 
 



3 Oktober 2018:  Unit Bimbingan dan Kaunseling Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan Ceramah Motivasi dan Lalaun pelajar ke IPTA bertempat di Perpustakaan KTEP. Program ini bermula dari jam 9:30 pagi sehingga jam 1:30 petang. Semua guru dan pelajar KTEP terlibat dalam  program ini. Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Pontian juga turut dijemput ke KTEP untuk sama-sama mendengar ceramah ini. Ceramah telah disampaikan oleh En. Rosli Bin Mohd Aris.



Ceramah ini terbahagi kepada 3 slot iaitu motivasi dan hala tuju selepas STPM, meritokrasi dan syarat kelayakan serta cara memohon IPTA. Penceramah turut berkongsi maklumat dan pengalaman beliau berkenaan kemasukan pelajar ke IPTA. Program ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Share: