LAWATAN KERJA JPN DAN PPD SABAH

17 Disember 2014, deligasi pelawat dari JPN dan beberapa orang wakil PPD Sabah telah datang membuat lawatan kerja ke Pusat Tingkatan Enam, SMK Seri Bandar Pontian. Dengan adanya lawatan ini, kerjasama dan jalinan antara pihak sekolah, PPD dan JPN dua negeri dapat dijalankan dengan lebih erat lagi pada masa akan datang.



























Share:

KUNJUNGAN HORMAT KE UTM

Sebagai sekolah angkat kepada UTM,  Pn Hjh Faredah sebagai pengetua telah mengadakan kunjungan hormat ke UTM bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama pada masa akan datang. Diharap para pelajar akan dapat manfaat yang lebih baik dengan peluang ini.

Bersama Naib Canselor , Prof Ir Dr Wahid Omar

Kerjasama dua hala

Share:

Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SMKSBP 2014

Sebagai penutup tirai 2014, 16 November 2014 Jamuan Akhir Tahun Guru dan staf di Restoran Kemangi.









Share:

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SENIOR 2014

Tarikh 11 November 2014 merakamkan majlis perpisahan pelajar-pelajar senior SMK Seri Bandar Pontian.  Majlis yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pra Universiti ini memberi ruang kepada para pelajar menonjolkan bakat mereka dalam mengendalikan majlis seumpama ini.
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para pelajar senior, Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam STPM 2014 dan seterusnya dalam semua bidang yang akan diceburi pada masa akan datang.




















Share:

Jamuan perpisahan Guru ganti Cik Norsuhaidah

5 November 2014, jamuan perpisahan Cik Norsuhaidah Abd Rahman, guru pengganti Pn Maimanah yang menunaikan fardu haji di Mekah.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Cik Norsuhaidah dan selamat menjamu selera. ;)

















Share:

Solat Hajat Perdana dan Qiamullail bagi calon-calon STPM

Pada malam 30hb Oktober 2014, satu solat hajat perdana telah dilangsungkan di SMK Seri Bandar Pontian. Semua warga sekolah, ibu bapa dan juga pelajar-pelajar bermunajat menunaikan solat hajat, membaca yasin secara berjamaah agar dipermudahkan segala urusan ketika menduduki peperiksaan nanti.

Pada malam harinya, para pelajar dan guru turut melakukan qiamulail. Diharap aktiviti kerohanian seperti ini memberi ketenangan kepada jiwa para pelajar ketika menduduki peperiksaan nanti, In sha Allah. Semoga dipermudahkan.














Share: