MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 DAN DIALOG PRESTASI AKADEMIK BERSAMA IBU BAPA 2020

8 MAC 2020 Mesyuarat Agung PIBG Ke-7 dan Dialog prestasi Akademik Bersama Ibu Papa 2020 telah diadakan di Dewan Al-Farabi, KT6 Pontian. Mesyuarat Agung bermula pada jam 8.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.  Majlis penutupan rasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 2020 dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Isa bin Ab. Hamid Ahki Dewan Negara ( Senator Orang Asli Semenanjung). Penyampaian Anugerah Pengetua kepada pelajar cemerlang STPM Penggal 1 2020 kepada 32 orang pelajar yang mendapat PNGK 3.00 dan ke atas. 




































Share:

PENERANGAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19)

4 MAC 2020 Penerangan Penyakit Coronavirus (COVID-19) telah diadakan di Dewan Ibnu Rusyd, KT6 Pontian dari jam 2.00 sehingga 3.00 Petang. Penerangan telah disampaikan oleh Cik Surina iaitu Pegawai Penerangan Daerah dari Pejabat Penerangan Malaysia Cawangan Pontian. Cik Surina telah berkhidmat selama 18 tahun dan baru 8 bulan di Daerah Pontian. Guru dan pelajar KT6 Pontian telah didedahkan dengan maksud COVID-19, kes terbaru, cara pencegahan tanda jangkitan dan cara pemakaian mask. 










Share:

PROGRAM PELANCARAN JOM KE SEKOLAH DAN PELANCARAN SAMBUTAN ANTIDADAH

2 MAC 2020 Program Pelancaran Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Sambutan Antidadah telah diadakan di Dewan Ibnu Rusyd dari jam 2.00 petang sehingga jam 3.20 petang. 

Cikgu Mohd Najib bin Abdul Hadi telah menyampaikan perutusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Johor sempena Program Sambutan Pendidikan Pencegahan Dadah. Perutusan daripada Ketua Polis Negara sempena Program Jom Ke Sekolah dan ucapan perasmian oleh Tuan Inspektor Asiqa Shafiq Bin Ramli yang merupakan Pegawai Perhubungan Polis Sekolah. Ceramah 'Remaja Berintegriti, Jenayah Diatasi' disampaikan oleh Inspektor Nohd Syahir bin Mohd Nasir

















Share:

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB PENGAJIAN AM SEMESTER 2

29 FEBRUARI 2020 21 orang pelajar bersama 6 orang guru Pengajian Am telah mengikuti Ceramah Teknik Menjawab Pengajian Am Semester 2 di Dewan Baiduri, SMK Benut bersama-sama dengan pelajar Tingkatan 6 SMK Benut.






Share: