1. PERATURAN DAN DISIPLIN
Panduan dan
peraturan am adalah seperti berikut:
A. Pakaian
dan penampilan diri
Pakaian dan
penampilan diri murid Tingkatan Enam tertakluk kepada:
i. Surat pekeliling ikhtisas 2/2014 bertarikh 5 Dis 2014: Etika Pakaian
Murid Tingkatan Enam
ii. Surat pekeliling ikhtisas bil 2/1976 (Potongan Rambut Murid-Murid)
iii. Surat pekeliling ikhtisas KPM Bil 9/2015—Panduan berkenaan rambut dan
pemakaian steel bangle.
B. Kad Matrik
Murid
i. Semua murid dikehendaki memakai dan mempamerkan kad matrik murid semasa
berada di dalam kawasan kolej.
ii. Kad Matrik Murid tidak boleh diconteng, ditukar butiran gambar atau
diubahsuai.
iii. Kad Matrik Murid tidak dibenarkan dipindah milik.
Kad Matrik Murid
yang hilang rosak mesti dilaporkan kepada pentadbir kolej dan perlu memohon
yang baharu dengan kos yang ditanggung oleh murid.
C. Melanggar
disiplin dan hukumannya
i. Tujuan memberikan hukuman adalah untuk mencegah berlakunya perbuatan
salah laku dan perbuatan melanggar disiplin.
ii. Sekiranya murid melakukan kesalahan, murid boleh diambil tindakan
sehingga ke peringkat gantung dan buang sekolah mengikut ordinan pelajar 1957:
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
D. Larangan Merokok Dan Larangan Penggunaan Rokok Elektronik Atau Vape Di
Sekolah
Murid DILARANG
menghisap rokok atau rokok elektronik/vape di kawasan kolej. Murid boleh
dikenakan tindakan disiplin jika melanggar peraturan tersebut dan tertakluk
kepada:
Surat pekeliling ikhtisas bil 4 4/1997: Hukuman ke atas
murid menghisap rokok
. Surat
pekeliling ikhtisas bil 5/1997: sekolah sebagai kawasan larangan merokok.
iv. Surat siaran
KPM bil 17/2015: larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah.
E. Penggunaan Gajet Elektronik
i. Penggunaan
gajet elektronik merupakan keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
murid Tingkatan Enam, khususnya dalam menyiapkan kerja kursus dan sebagai
rujukan sumber disebabkan ketiadaan buku teks.
ii. Kebenaran
penggunaan gajet elektronik yang diberikan tertakluk kepada:
a. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan gajet
elektronik tersebut.
b. Setiap murid bertanggungjawab terhadap pemilikan barangan masing-masing.
c. Setiap murid bertanggungjawab untuk menggunakan gajet
elektronik dengan betul, berkesan dan beretika.
F. Menjatuhkan Hukuman
i. Murid yang melanggar
peraturan disiplin sekolah boleh dikenakan tindakan seperti yang terkandung
dalan Peraturan Ordinan Pelajaran 1957: Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959.
ii. Dalam kes-kes tertentu,
Pengetua boleh menggunakan budi bicara dalam menentukan hukuman yang diambil
dengan mengambilkira murid yang telah melalui alam persekolahan selama 11
tahun.
Setiap pelajar yang
mengikuti pengajian di kolej ini mesti berkelakuan baik semasa berada di dalam
dan di luar kawasan sekolah demi menjaga maruah diri, nama baik kolej dan
profesion pelajar.
Setiap pelajar dilarang melakukan
perkara-perkara berikut:
1. Buli
Pelajar dilarang terlibat
dalam sebarang aktiviti buli, ugut, mendera
2. Dadah, arak dan racun
Tiada pelajar boleh:
A. Memiliki atau bawah jagaan atau kawalannya apa-apa jenis dadah, arak
atau racun.
B. Memiliki atau bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas atau alat
untuk digunakan bagi tujuan pengambilan apa-apa jenis dadah, arak atau racun.
C. Membeli, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa jenis dadah,
arak atau racun kepada mana-mana pihak
D. Makan atau minum atau menghisap atau menyedut atau menghidu atau
memasukkan ke dalam badannya apa-apa jenis dadah, arak atau racun dengan cara
suntikan atau apa-apa cara lain; dan
E. Minum atau ada dalam miliknya atau bawah jagaan atau kawalannya
apa-apa minuman yang memabukkan.
3. Memudaratkan diri
Pelajar dilarang melakukan
apa-apa perbuatan yang boleh memudaratkan diri
4. Merokok
Peraturan ini adalah
mengikut “Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004” [P.U (A) 324/2004];
A. Bawah peraturan tersebut, premis sekolah adalah Zon Larangan Merokok
B. Pelajar dilarang merokok, menjual, mengedar atau membeli rokok di
kawasan sekolah; dan
C. Larangan merokok adalah
terpakai untuk semua aktiviti rasmi termasuk di luar sekolah
5. Pertubuhan Haram
Pelajar dilarang dari
menganggotai, menubuhkan atau melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang ada
hubungan dengan kumpulan haram, kongsi gelap dan sebagainyai.
6. Senjata Merbahaya
Pelajar dilarang dari
memiliki, membawa, menyimpan atau menggunakan senjata atau alat merbahaya
dengan tujuan yang salah.
7. Tindakan Biadap
Pelajar
dilarang dari berkelakuan kasar, bersikap bongkak, menghina, berbahasa kesat,
melawan, mencabar, mengancam, memukul atau mencederakan pengetua, guru, pekerja
atau AJK Tertinggi Persatuan Tingkatan Enam
8. Hubungan Negatif
Pelajar dilarang sesama
pelajar berkelakuan kasar, mengancam, bergaduh, memukul atau mencederakan
pelajar lain
9. Memeras Ugut
Pelajar dilarang memeras
ugut pelajar lain secara lisan atau bertulis
10.Laporan Akhbar
Pelajar dilarang menulis
kepada akhbar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa
di sekolah
11. Vandalisma
Pelajar dilarang sengaja
merosakkan harta benda sekolah, pengetua, guru , pekerja atau pelajar lain
12. Mencuri
Pelajar dilarang mencuri
harta benda sekolah, pengetua, guru, pekerja atau pelajar lain
13. Berjudi
Pelajar
dilarang dari terlibat di dalam sebarang aktiviti beradu nasib atau bertaruh
yang melibatkan wang untuk mendapatkan keuntungan
14. Tingkah laku lucah
A. Pelajar dilarang dari memiliki, membawa, menyimpan atau mengedar bahan
lucah.
B. Pelajar dilarang dari
mengeluarkan kata-kata dan perbuatan lucah
C. Pelajar dilarang dari melukis gambar atau
menulis kata-kata lucah
15. Tingkah laku sumbang
Pelajar dilarang dari
bercumbu-cumbuan, berkhalwat [berdua-duaan di tempat yang sunyi atau tertutup],
mengandung, mencabul kehormatan atau melakukan gangguan seks di premis sekolah
16. Menceroboh
Pelajar dilarang dari
memasuki pejabat sekolah,pejabat guru, setor peralatan, kedai koperasi,
bilik-bilik khas dengan niat jahat atau tanpa persetujuan/kebenaran pengetua
atau guru
17. Mengggunakan orang luar untuk mencabar
Pelajar dilarang
mengancam, memukul atau mencederakan pengetua, guru, pekerja atau pelajar
18. Membantah hukuman guru
Pelajar dilarang menunjuk
perasaan, berpiket atau mengganggu ketenteraman sekolah
19.Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif
Pelajar dilarang
menimbulkan suasana tegang, kacau bilau atau perpecahan kaum
20. Politik
Pelajar
dilarang terlibat dalam apa jua aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan politik
21. Ponteng
A.Pelajar dilarang tidak
menghadirkan diri tanpa sebarang sebab-sebab yang dibenarkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas atau ponteng dari menghadiri kegiata sekolah yang
diwajibkan
B.Pelajar dilarang dari
tidak menghadirkan diri semasa ujian/peperiksaan dijalankan kecuali mendapat
surat kebenaran cuti sakit dari hospital kerajaan
C.Pelajar yang didapati
ponteng akan dikenakan tindakan mengikut prosedur ponteng yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.