MAJLIS PERSARAAN CIKGU TEH CHON HOWI


14 Ogos 2018 : Majlis Persaraan Cikgu Teh Chon Howi  telah berlangsung dengan meriah di Dewan Al-Farabi KTEP dari jam 2:10 Petang sehingga jam 3:40 Petang. 





































Share:

LAWATAN EKSPLORASI HUTAN BAKAU DI PULAU KUKUP


11 OGOS 2018 : Seramai 4 orang guru dan 35 orang pelajar telah mengadakan lawatan ke Pulau Kukup. Pelajar dapat mengenal hutan bakau melalui lawatan ini. Penerangan tentang hutan bakau Pulau Kukup ini telah disampaikan oleh En. Azam dan Cik Jannah , wakil daripada Taman Negara Pulau Kukup.  Sebelum bertolak ke Pulau Kukup pelajar telah mendengar taklimat di Pejabat Taman Negara Pulau Kukup. 

Semasa di Pulau Kukup , Pelajar dan guru telah diperkenalkan dengan beberapa jenis pokok bakau yang terdapat di hutan bakau Pulau Kukup ini. Pelajar dan guru juga dapat mengetahui cara untuk membezakan atau mengenal jenis pokok bakau. Selain itu, pelajar dan guru juga didedahkan dengan hidupan yang terdapat di hutan bakau tersebut seperti ketam, siput dan lain-lain. Guru dan pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri menanam benih pokok bakau di Pulau Kukup ini. 




























































Share:

KARNIVAL TINGKATAN ENAM DAERAH PONTIAN 2018






telah diadakan pada ketetapan berikut : 


Pertandingan dan Tentatif Program ; 



Karnival Tingkatan Enam Daerah Pontian ini dianjurkan dan disertai pelajar Tingkatan Enam Daerah Pontian iaitu dari Kolej Tingkatan Enam Pontian, SMK Dato Yunos Sulaiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup dan SMK Benut. Pelbagai pertandingan telah diadakan sebelum hari kemuncak Karnival antaranya ialah Pertandingan Boling yang diadakan di Skudai Parade dan Pertandingan Petanque di SMK Benut. 

Bagi Pertandingan Sketsa Bahasa Inggeris. Drama Kemerdekaan, Pengucapan Awam, Public Speaking , Dart dan Majlis Penutup bagi Karnival ini telah diadakan di Kolej Tingkatan Enam Pontian. 

Karnival Tingkatan Enam peringkat daerah ini dijalankan bagi memilih wakil daerah Pontian untuk menyertai Karnival Tingkatan Enam perningkat Negeri yang akan diadakan di Batu Pahat. 


Pertandingan Sketsa Bahasa Inggeris dan Drama Kemerdekaan 









































Pertandingan Dart














Pertandingan Pengucapan awam dan Public speaking

















Majlis penutup dan penyampaian hadiah 













































Wakil Daerah Pontian 
Share: