PELANCARAN PROGRAM CASHLESS CAFE & COOP

Pada 28 September 2022 Hari Rabu telah diadakan Pelancaran Program Cafe & Coop di Dewan Al-Farabi, KT6 Pontian dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

Share:

TAKLIMAT PELAKSANAAN KAFE TANPA TUNAI

Pada 26 September 2022 semua pelajar dan guru terlibat dengan Taklimat bersama Manager Agrobank iaitu Pn. Siti Arini binti Md Saleh tentang Pelaksanaan Kafe Tanpa Tunai. Taklimat diadakan di Dewan Al-Farabi, KT6 Pontian dari jam 2.00-2.30 Petang. 

Share:

PERTANDINGAN FUTSAL TINGKATAN ENAM PERINGKAT DAERAH

Pada 24 September 2022 pihak Kolej telah menghantar wakil pasukan dalam Pertandingan Futsal Tingkatan Enam peringkat Daerah. Pasukan Kolej telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini. 

 


Share:

KURSUS PENTAULIAHAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) PERINGKAT DAERAH PONTIAN

Pada 24 September 2022 hari Sabtu telah diadakan Kursus Pentauliahan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) peringkat Daerah Pontian. Kursus pentauliahan ini telah diadakan di Kolej Tingkatan Enam Pontian dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 Petang. Semua pelajar Semester 3 badan beruniform APM terlibat dalam kursus ini. 

    
    Rasional  kursus Sehari Bersama Orang Awam ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada peserta mendapat pengetahuan asas berkaitan kursus-kursus angkatan Pertahanan Awam. Selain itu, ia memberi peluang perkongsian ilmu, idea dan kemahiran daripada APM kepada semua peserta berkaitan tugas-tugas menyelamat serta menghadapi bencana dan risiko. 

   Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pentauliahan asas dari Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian kepada semua peserta terlibat, meningkatkan pencapaian markah kokurikulum unit beruniform peserta di peringkat daerah dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak seperti pihak PPD, Angkatan Pertahanan Awam dan sekolah-sekolah daerah Pontian. 

   
    


Share: