Tahniah KTEP Naib Johan Pertandingan Kitar Semula PerKISS Peringkat Kebangsaan

18 NOVEMBER 2017: Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kitar Semula PerKISS tahun 2017 peringkat kebangsaan. Hadiah ini disampaikan dalam sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan yang diadakan di Anjung Floria, Putrajaya dari jam 7:00 pagi hingga 5:00 petang. Majlis ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar. Seramai 5 orang guru dan 3 orang pelajar KTEP telah pergi ke sambutan Hari Kitar Semula ini untuk menerima hadiah dan anugerah tersebut. 







Share:

Selamat Menduduki Peperiksaan STPM Penggal 3

6 NOVEMBER 2017 : Peperiksaan STPM Penggal 3 telah bermula dari 6 hingga 9 November 2017. Seramai 162 calon STPM Penggal 3 di KTEP yang menduduki peperiksaan STPM Penggal 3. Sepanjang hari peperiksaan ini, calon-calon peperiksaan telah mendapat bantuan makanan dibawah Program Cakna Muafakat Calon-calon SPM, STPM, dan STAM 2017 bersama Yayasan Majlis Daerah Pontian. 

Kertas Peperiksaan Bagi Calon STPM Penggal 3 Geografi 3, Fizik 3, Pengajian Am 3, KMK 3, Matematik T 3, Bahasa Melayu 3, Biologi 3, Pengajian Perniagaan 3, Ekonomi 3, Sejarah 3, dan Kimia 3. 




















Share:

Majlis Jamuan Akhir Tahun 2017 & Meraikan Persaraan Tuan Haji Misran bin Selamat


5 NOVEMBER 2017 : Majlis Jamuan Akhir Tahun 2017 & Meraikan Persaraan Tuan Haji Misran bin Selamat telah disambut di Rumah Citra Sri Pinang, Parit Pinang, Benut. Majlis ini bermula dari jam 2:00 petang sehingga jam 4:30 petang. Semua guru KTEP dan beberapa orang tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Abdul Rahman bin Pidek, Naib YDP PIBG iaitu Pn. Hjh Sukini binti Dahlan, dan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu En. Nasaruddin.

Majlis ini bagi meraikan dan penghargaan kepada guru-guru dan staf KTEP sepanjang tahun 2017 serta meraikan persaraan Tn. Hj Misran bin Selamat, GPK Pentadbiran KTEP. Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara warga KTEP, pihak PIBG dan Pegawai Perhubungan Sekolah.































Share:

Solat Hajat Perdana 2017

2 NOVEMBER 2017 : Solat Hajat Perdana sempena peperiksaan STPM 2017 penggal 3, STPM 2018 Penggal 1, ulangan STPM penggal 1 dan 2 tahun 2017. Solat hajat dijalankan di dataran tengah Kolej Tingkatan Enam Pontian. Bermula dengan pendaftaran seawal 6.20 petang bagi kedatangan ibu bapa , pelajar dan guru. Semoga dengan kehadiran ibu bapa memberi sokongan moral kepada para pelajar dapat merapatkan lagi hubungan keluarga, pelajar serta guru.












Share:

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Sempena Persaraan Tn. Hj. Misran bin Selamat

2 NOVEMBER 2017 : Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan Tn. Hj. Misran bin Selamat yang merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran KTEP telah diadakan di Dewan Al- Farabi, Kolej Tingkatan Enam Pontian. Majlis ini berlangsung dari jam 12:25 tengah hari sehingga jam 2:00 petang. 

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih ini disambut dengan meriah oleh pihak KTEP bagi mengenang jasa dan membalas budi Tn. Hj. Misran selama 35 tahun berkhidmat sebagai seorang guru. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan silat, persembahan zapin , deklamasi sajak dan tayangan video pendek perjalan hidup Tn. Hj. Misran. 















Share:

Majlis Restu Ilmu Sempena Peperiksaan STPM P3, P1, Ulangan P1 dan Ulangan P2


2 NOVEMBER 2017 : Majlis Restu Ilmu telah diadakan sempena Peperiksaan STPM Penggal 3, Penggal 1, Ulangan Penggal 1 dan Ulangan Penggal 2. Majlis ini berlangsung dari jam 8:00 pagi sehingga jam 9:00 pagi. Semua calon peperiksaan dan guru Kolej Tingkatan Enam bersama-sama menjayakan majlis ini. Majlis bertujuan memberi semangat kepada pelajar disamping memanjatkan doa kepada Ilahi agar pelajar-pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian yang bakal menduduki peperiksaan dipermudahkan segala urusan dan diberi ketenangan sewaktu manjawab peperiksaan.



















Share: