PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN ENAM SESI 2018/2019


JADUAL HARI PENDAFTARAN PELAJAR KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN SESI 2018/2019 

2 MEI 2018
RABU


8:00 PAGI
 Pendaftaran
                 
10:30 PAGI
Pelajar mengambil gambar

10.30 PAGI      
Pengisian borang dari GPK

11.05  PAGI      
Salam sambut Tuan Pengetua

11.45  PAGI     
 Taklimat penyelaras Minggu Haluan Pelajar

12.30  TENGAH HARI    
  Pelajar dibenarkan pulang


SELAMAT DATANG KE KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN !
Share:

KEMBARA ILMU DAN LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018 (PBAKL18)

Pada 27 dan 28 APRIL 2018 , Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menganjurkan Program Kembara Ilmu dan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL,2018). Seramai 10 orang guru dan 30 orang pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian menyertai lawatan ini. 

Pada hari pertama iaitu 27 April 2018 (Jumaat), rombongan ini berkunjung ke beberapa tempat iaitu Pusat Pengurusan Akademik, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Masjid di UKM. Lawatan ke UKM bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar kriteria pemilihan kos di universiti dan suasana pembelajaran di universiti. Kemudian, rombongan berkunjung ke Muzium Negara sebelum bermalam di Kompleks Belia, Bukit Kiara. Rombongan ke Muzium Negara bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang sejarah di negara kita. 

Gambar di Pusat Pengurusan Akademik, UKM























Gambar di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM
























Gambar di Muzium Negara 















Pada hari kedua 28 April 2018 (Sabtu) rombongan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL18) di PWTC. Rombongan ke Pesta Buku ini bertujuan untuk menambahkan minat membaca buku dalam diri pelajar. Pelajar juga dapat mencari buku-buku untuk digunakan sebagai bahan ulang kaji dan bahan bacaan yang lain. 

Ganbar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
















Share:

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT



*JOM BACA BERSAMA 10 MINIT*

Program ini akan dijalankan serentak seperti butir berikut :
Tarikh : 24 April 2018
Masa :  11.00 - 11.10 
Tempat :  Lokasi masing-masing di seluruh Malaysia

Cara Pelaksanaan :
- Berhenti sebentar dari melakukan apa jua aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit. 

Objektif :
Mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai dengann langkah awal selama 10 minit.
Ia juga sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.


Membaca📚 bagaikan Mengembara.✈️🗺*

Kerjasama :
- Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. 
 - Jabatan Pendidikan Negeri Johor




TAHNIAH dan SYABAS Warga Kolej Tingkatan Enam Pontian menjayakan program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT































Share:

SAMBUTAN PRA HARI GURU

23.04.2018 (ISNIN) : Sambutan Pra Hari Guru peringkat kolej telah dijalankan pada jam 7:40 pagi sehingga jam 9:00 pagi. Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah pertandingan bola tampar dan pertandingan memasukkan bola jaring ke dalam gol bola jaring selama 2 minit. 
















Share:

INTERNATIONAL YOUTH FORUM 2018

Pada 14 APRIL 2018 seramai 5 orang ahli Pengakap Kelana Pontian telah menyertai International Youth Forum 2018 @ Forum Antarabangsa Pengakap Kelana Sekolah 2018. Program tersebut berlangsung di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri Johor anjuran SMK Tasek Utara Johor Baharu. Program ini merupakan platform dalam membina jaringan dan jalinan bersama Pengakap Kelana (rovers) pelbagai negara dalam bentuk perkongsian idea, silang budaya dan perpaduan tanpa mengira kaum dan agama. Negara Indonesia dan Singapura turut sama menyertai program ini dan juga pengakap-pengakap dari  negeri lain.














Share: