Tahniah KT6P atas Kejayaan Menduduki Tempat Ketiga Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan tahun 2018.

1 Disember 2018 merupakan detik bersejarah bagi Kolej Tingkatan Enam Pontian apabila berjaya menduduki Tempat Ketiga dalam Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2018 anjuran Persatuan Kitar Semula Sekolah-sekolah (PerKISS). KT6P juga telah berjaya mendapat Tempat Pertama dalam Pertandingan Kitar Semula Peringkat Negeri Johor 2018
Anugerah yang disampaikan bersempena dengan sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2018 yang bertempat di Pantai Eco Park, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YBM Zuraida Kamaruddin dengan bertemakan "Benteras Pencemaran Plastik".
Tuan Pengetua, En. Mastura Aladdin bin Masro dan seorang wakil guru, En. Zahari bin Zait serta dua orang wakil pelajar telah menghadiri majlis tersebut.
Pelbagai aktiviti turut diadakan bersempena sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2018 antaranya adalah Senamrobik, Fun Walk & Plogging, 3R untuk kanak-kanak, Car Boot Sale dan banyak lagi. Pihak penganjur mengharapkan agar sambutan ini dapat membuka mata masyarakat Malaysia untuk berubah dan memulakan amalan kitar semula dalam kehidupan harian. 
Tahniah diucapkan kepada Kolej Tingkatan Enam Pontian kerana telah berjaya mendapat top 3 Pertandingan kitar semula kebangsaan peringkat sekolah selama 4 tahun berturut-turut.








Share: