Pertandingan UTM Bridge 2015

Pertandingan yang berlangsung dari 6hb hingga 8hb April 2015 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai  melibatkan 15 orang pelajar  dari SMK Seri Bandar Pontian . Pertandingan yang hanya berlangsung 2 tahun sekali ini adalah anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.  Sebanyak 3 kumpulan sekolah ini telah terpilih ke peringkat akhir yang berlangsung di UTM daripada 400 penyertaan awal keseluruhan dari seluruh negara. Pertandingan di peringkat akhir ini telah disertai oleh 73 kumpulan dari peringkat sekolah dan 71 kumpulan dari peringkat IPTA dan IPTS.
Pertandingan ini juga telah melakar kejayaan bagi satu kumpulan dari sekolah ini yang mana kumpulan The Arts of Science telah mendapat tempat ketiga dalam kategori 'Creativity and Buildability'. Tahniah diucapkan.




















Share:

Ceramah Program Sarjana Muda Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan oleh Fakulti Undang-Undang UUM

25 Mac 2015, satu program ceramah oleh Fakulti Undang-undang UUM berkenaan dengan Program Sarjana Muda Falsafah Undang-undang dan perniagaan telah berlangsung di sekolah ini. Ceramah dengan usahasama UUM ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang jurusan undang-undang dan perniagaan serta peluang-peluang kerjaya  dalam bidang berkenaan. Ceramah yang berakhir pada jam 4.30 petang ini diharap dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar.



Share:

Ceramah Kesihatan (Program Vaksinasi HPV untuk Wanita) dan Ceramah PROSTAR

25 Mac 2015,  Program ceramah kesihatan wanita dan Prostar telah dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Suntikan percuma diberikan kepada pelajar perempuan sebanyak 3 dos secara berperingkat. Manakala pelajar lelaki didedahkan kepada bahaya merokok dan dadah.














Share:

Program Lawatan Kembara Ke Menara Gading

26 hingga 27 Mac 2014, satu lawatan yang dianjurkan oleh Kelab Keagamaan dan Kerohanian ke beberapa universiti awam dan swasta di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Selangor telah dijalankan. Lawatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta memotivasikan para pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ini telah membawa 71 orang pelajar bersama 6 orang guru ke Universiti Malaya dan Manipal Universiti.
Di Universiti Malaya, para pelajar telah dibawa melawat ke Fakulti Kedoktoran, Fakulti Sains Sosial dan Muzium Seni Asia. Selain ke Manipal University pada hari yang pertama, para pelajar dan guru juga telah mengunjungi 'Open University' dan seterusnya International University Malaysia- Wales (IUMW) pada hari yang berikutnya setelah ke Universiti Malaya.



















Share:

Larian Fun Run 3R ( Reuse, Recycle, Reduce)

14 hb Mac 2015, Beberapa pelajar SMK Seri Bandar Pontian telah menyertai Program Larian 3R ( Reuse, Recycle and Reduce) sempena promosi 3R International Marathon and Carnival 2015 peringkat Negeri Johor.
Pada hari itu juga telah disampaikan sijil Johan Kitar Semula Peringkat Negeri Johor kepada SMK Seri Bandar Pontian tahun 2014. Sekolah ini juga telah mendapat tempat ketiga Program Kitar Semula  Peringkat Kebangsaan 2014. Tahniah dan semoga dapat diteruskan usaha yang baik ini.













Share: