Jejak IPT Bekas Pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian.

23 Januari 2019 (Rabu): Proram Jejak IPT bekas pelajar KT6P telah diadakan di Dewan Al Farabi, KT6P dari jam 2 : 00 petang hingga jam 3: 20 petang. Sepanjang program ini bekas pelajar KT6P yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di IPT berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di universiti dan memberi nasihat kepada pelajar KT6P. 

















Share:

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2019

Majlis Sambutan Mualidur Rasul peringkat kolej telah diadakan pada 10 Januari 2019 (Khamis) di Dewan Al Farabi, KT6P. Majlis bermula dengan Selawat Nabi, bacaan doa dan ucapan Tn. Pengetua. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Salahuddin bin Jaffar (Guru PAI SK Al-Ulum, Benut). Majlis ini bagi mengingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah menyebarkan Islam. 
















Share:

JADUAL GANTI BAGI MATAPELAJARAN YANG TERLIBAT DENGAN KERJA KURSUS.


Share:

PEMBUKAAN AKAUN SSPN-I & CERAMAH PTPTN




2 Januari 2019 : Pegawai PTPTN telah datang ke Kolej Tingkatan Enam Pontian untuk memberi ceramah kepada pelajar KT6P. 

Nama penceramah dan pegawai PTPTN cawangan Bandar Baru Uda : 
1) Encik Muhammad Haziq Bin Azman
2) Puan Masyitah Binti Marsono

Para pelajar KT6P mendengar ceramah dan diberi kuiz berkaitan dengan PTPTN dan SSPN-i. Para pelajar yang berjaya menjawab soalan menerima hadiah daripada pihak PTPTN. 

Selain daripada memberi ceramah, pihak PTPTN juga membuka perkhidmatan untuk sebarang urusan berkaitan dengan PTPTN kepada semua warga KT6P. Seramai 104 orang pelajar telah membuka akaun SSPN-i pada hari tersebut. 















Share:

PEMBERITAHUAN- Notis Mesyuarat SKPMg2 bil 1/2019


MESYUARAT AJK STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) KALI PERTAMA 2019


      Tarikh                : 7 Januari 2019 (Isnin)
      Masa                  : 12.10 tengah hari
      Tempat               : Bilik Seminar Munsyi(Bilik Tayang)
       Pengerusi           : En. Mastura Aladdin bin Masro
       Ahli- Ahli yang terlibat .
                GPK 1                                   
                GPK HEM
                GPK Kokurikulum
                Ketua-ketua Jabatan
                Setiausaha  SKPMg2
                SU Kurikulum
                SU HEM
                SU Kokurikulum
                Kaunselor
                Guru Data
                Penyelaras ICT
Share:

SELAMAT KEMBALI KE KT6P & PROGRAM GURU PENYAYANG 2019


1 JANUARI 2019 : Perhimpunan rasmi pertama bagi tahun dan Program Guru Penyayang 2019. Pelajar KT6P diberi Sijil Penghargaan atas kehadiran penuh semasa sesi persekolahan Semester 1 2018/2019. 









 









Share: