Tahniah KT6P atas Kejayaan Menduduki Tempat Ketiga Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan tahun 2018.

1 Disember 2018 merupakan detik bersejarah bagi Kolej Tingkatan Enam Pontian apabila berjaya menduduki Tempat Ketiga dalam Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2018 anjuran Persatuan Kitar Semula Sekolah-sekolah (PerKISS). KT6P juga telah berjaya mendapat Tempat Pertama dalam Pertandingan Kitar Semula Peringkat Negeri Johor 2018
Anugerah yang disampaikan bersempena dengan sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2018 yang bertempat di Pantai Eco Park, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YBM Zuraida Kamaruddin dengan bertemakan "Benteras Pencemaran Plastik".
Tuan Pengetua, En. Mastura Aladdin bin Masro dan seorang wakil guru, En. Zahari bin Zait serta dua orang wakil pelajar telah menghadiri majlis tersebut.
Pelbagai aktiviti turut diadakan bersempena sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2018 antaranya adalah Senamrobik, Fun Walk & Plogging, 3R untuk kanak-kanak, Car Boot Sale dan banyak lagi. Pihak penganjur mengharapkan agar sambutan ini dapat membuka mata masyarakat Malaysia untuk berubah dan memulakan amalan kitar semula dalam kehidupan harian. 
Tahniah diucapkan kepada Kolej Tingkatan Enam Pontian kerana telah berjaya mendapat top 3 Pertandingan kitar semula kebangsaan peringkat sekolah selama 4 tahun berturut-turut.








Share:

STPM Semester 1 & ulangan STPM Semester 1 2018

22 November 2018. Hari pertama pelajar-pelajar semester 1 menduduki peperiksaan Semester 1 STPM 2019 dan pelajar-pelajar STPM 2018 menduduki ulangan bagi semester 1.







Share:

MAJLIS PERSARAAN ENCIK MOHD JASZARI BIN MOHAMED BASAR


11 NOVEMBER 2018 yang lalu telah diadakan Majlis Persaraan Encik Mohd Jaszari guru Pengajian Am di Kolej Tingkatan Enam Pontian. Majlis telah diadakan di Dewan Al Farabi oleh semua warga Kolej. Beliau akan bersara pada 1 Disember 2018



BIODATA RINGKAS CIKGU MOHD JASZARI
NAMA : MOHD JASZARI BIN MOHAMED BASAR
TARIKH LAHIR : 14 OGOS 1964
NAMA ISTERI : KELMOK BINTI JASMAN
AKADEMIK : IJAZAH SARJANA MUDA  (B.A.B.EC.B.SC.B.ED) DIPLOMA LANJUTAN YANG SETARAF DAN DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA KESUSASTERAAN MELAYU
SEJARAH PERKHIDMATAN :  29 Tahun
TARIKH LANTIKAN : 1 MAC 1989
TARIKH BERSARA : 1 DISEMBER 2018
GRED SEMASA BERSARA : DG48


























































CENDERAMATA DARIPADA GURU-GURU PENGAJIAN AM 
















Share:

MAJLIS RESTU ILMU STPM 2018

11 NOVEMBER 2018 Majlis Restu Ilmu STPM 2018 telah diadakan di Dewan Al Farabi Kolej Tingkatan Enam Pontian. 

















































Share: