Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar PERTINA Sesi 2017/2018

pada 17/7/2017 dan 19/7/2017 telah diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa PERTINA bagi sesi 2017/2018. pemilihan ini diadakan bagi menggantikan Ahli Jawantankuasa PERTINA sedia ada. sehubungan dengan itu, guru dan pelajar kolej telah diberi peluang untuk mengundi Ahli PERTINA yang baharu.




























Share:

Sambutan Pra Kemerdekaan Peringkat Kolej



Kolej telah dikunjungi pegawai JASA pada 17 Julai 2017. Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar Kolej berkenaan pertandingan fotografi dan video bersempena sambutan kemerdekaan.





















Share:

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT KOLEJ TAHUN 2017


Sambutan Hari Raya peringkat Kolej telah diadakan pada 7/7/2017 bertempat di dewan terbuka Kolej Tingkatan Enam Pontian. Sambutan Hari Raya tersebut telah dimeriahkan lagi oleh warga Kolej Tingkatan Enam Pontian. Sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat muhiibbah dalam kalangan tenaga pengajar, staf sokongan dan pelajar Kolej. Pelbagai juadah telah disediakan oleh guru, staf sokongan dan pelajar. Sambutan Hari Raya ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan pelajar, bekas pelajar dan tenaga pengajar Kolej. 





























Share:

SALAM LEBARAN DARI SELURUH WARGA KOLEJ TINGKATAN ENAM PONTIAN


Share:

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2017

21 hb Jun 2017, berlangsungnya Majlis Khatam Quran yang dijayakan para pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian sempena penutupan tadarus Al Quran. selepas itu berlangsung juga majlis penyerahan bingkisan syawal kepada para pelajar yang kurang berkemampuan dan anak yatim hasil sumbangan para guru.

















Share:

Gotong royong memasak bubur lambuk ramadhan

21 hb June 2017, warga kolej bergotong royong memasak bubur lambuk untuk dibawa pulang oleh warga sebagai juadah berbuka puasa.







Share: