Teknik Menjawab Bahasa Melayu STPM Penggal 3

31 OKTOBER 2017 : Teknik menjawab Bahasa Melayu STPM Penggal 3 telah dijalankan pada jam 9:00 pagi sehingga jam 10:20 pagi. Program ini melibatkan semua pelajar senior yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Program ini telah dijalankan di Perpustakaan Kolej Tingkatan Enam Pontian. Penceramah dalam program ini ialah Puan Yusmi Bte Abu Bakar yang merupakan guru Bahasa Melayu Kolej Tingkatan Enam Pontian. 

Penceramah mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik yang betul dalam menjawab peperiksaan terutamanya dalam Bahagian B. Dengan adanya teknik menjawab ini, diharapkan para pelajar dapat menjawab peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu dengan baik.










Share:

Senaman Pagi

10 hari menjelang hari peperiksaan, aktiviti senaman pagi dilakukan sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap pagi. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian. 

Aktiviti senaman pagi ini diharap dapat membantu pelajar dan guru menghilangkan rasa tertekan kerana peperiksaan yang semakin hampir. Aktiviti ini juga dapat membantu guru dan pelajar supaya lebih aktif dan bertenaga sepanjang hari. 

















Share:

Program BBQ Kelab Rekreasi

25 OKTOBER 2017 : Kelab Rekreasi telah mengadakan Program BBQ dari jam 2:10 sehingga jam 3:30 petang bagi meraikan sumbangan ahli Kelab Rekreasi, guru-guru dan pekerja Kolej Tingkatan Enam Pontian sempena Pertandingan PERKISS 2017. Kelab Rekreasi Kolej Tingkatan Enam Pontian telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan PERKISS ini.

Pertandingan PERKISS ini terdiri daripada empat kategori iaitu :
  1. Kelab paling aktif.
  2. Penggumpulan bahan kitar semula.
  3. Inovasi kitar semula.
  4. Kompos baja organik. 




Share:

Bengkel Teknik Menjawab Seni Visual

14 OKTOBER 2017 : Bengkel Teknik Menjawab Seni Visual telah diadakan di Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian pada hari Sabtu dari jam 8:00 pagi sehingga jam 12:30 tengah hari. Pendaftaran bagi peserta bengkel bermula seawal 7:00 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Jumaan Bin Abu Bakar dari SMK Semerah, Batu Pahat. Seramai 28 orang pelajar seni KTEP dan Guru Seni Visual KTEP iaitu Pn. Sanisah binti Sanusi dan En. Isamudin bin Ali yang teribat dengan bengkel ini. Bengkel ini turut disertai oleh 91 orang pelajar dan 4 orang guru Seni Visual dari SMK Kukup, SMK Benut, dan SMKD Yunus Sulaiman. Guru-guru Seni Visual dari sekolah lain termasuklan En. Rozman bin Safie, Pn. Rohani bte Hashim, En. Mohd Tazarudin bin Mohd Tamin dan Pn. Yasmin Syakilla bt Yaakub. 

Objektif program : 

  1. Pelajar dapat mengetahui teknik dan cara yang betul untuk menjawab kertas Seni Visual 970/1 serta menepati skema permarkahan. 
  2. Pelajar memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan serta teknik untuk menjawab kertas Seni Visual 970/1.
  3. Pelajar dapat menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan STPM yang bakal diduduki awal bulan November. 








Share:

Hari Sukan Negara Peringkat Kolej


12 OKTOBER 2017 : Hari Sukan Negara peringkat Kolej Tingkatan Enam Pontian telah dijalankan di Kolej Tingkatan Enam Pontian dari jam 8:00 pagi sehingga jam 10:30 pagi. Program ini melibatkan semua guru dan pelajar KTEP. Program ini diadakan bagi menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan 

Antara aktiviti yang dilakukan pada Hari Sukan ini adalah Senaman Aerobik yang diketuai oleh wakil dari Persatuan Belia dan Sukan Daerah Pontian. Seterusnya, pertandingan futsal bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Pertandingan ini di antara pelajar senior dan pelajar junior yang dijalankan secara serentak. Pelajar senior lelaki dan pelajar senior perempuan telah menjuarai pertandingan ini. Dengan adanya program seperti ini guru-guru dan pelajar dapat meluangkan sedikit masa untuk beriadah setelah penat berkerja dan belajar. 

































Share:

Lawatan sambil Belajar dari SMK Seri Kota Melaka

9 OKTOBER 2017 : Kelab 1 Malaysia SSN yang dianggotai oleh pelajar Tingkatan Enam SMK Seri Kota Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kolej Tingkatan Enam Pontian. Ketibaan mereka telah disambut oleh warga Kolej  bersama barisan PERTINA Kolej Tingkatan Enam Pontian. 

Video ringkas mengenai KTEP telah ditayangkan bagi tontonan tetamu sebelum Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian, En Mastura Aladdin bin Masro menyampaikan kata alu-aluan. seterusnya tetamu dibawa melihat persekitaran kolej. Para tetamu juga turut berpeluang melihat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama barisan pentadbir Kolej.



























Share:

Ceramah Motivasi dan Laluan ke IPTA


4 Oktober 2017:  Unit Bimbingan dan Kaunseling Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan Ceramah Motivasi dan Lalaun pelajar ke IPTA bertempat di Perpustakaan KTEP. Program ini bermula dari jam 8:00 pagi sehingga jam 3:30 petang. Semua guru dan pelajar KTEP terlibat dalam  program ini. Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Pontian juga turut dijemput ke KTEP untuk sama-sama mendengar ceramah ini. Ceramah telah disampaikan oleh En. Rosli Bin Mohd Aris.

Ceramah ini terbahagi kepada 3 slot iaitu motivasi dan hala tuju selepas STPM, meritokrasi dan syarat kelayakan serta cara memohon IPTA. Penceramah turut berkongsi maklumat dan pengalaman beliau berkenaan kemasukan pelajar ke IPTA. Program ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. 






















Share:

Jamuan Akhir Tahun Pelajar Senior 2016/2017


30 SEPTEMBER 2017 : Majlis Jamuan Akhir Tahun Pelajar Senior sesi 2016/2017 telah diadakan di Dewan Jubli Intan Pontian dari Jam 2:00 hingga 5:00 petang. Majlis ini dikelolakan sepenuhnya barisan PERTINA sesi 2017/2018. Majlis ini bagi meraikan pelajar senior seramai 162 pelajar yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini. Majlis ini diserikan dengan kehadiran tenaga pengajar dan YDP PIBG Kolej Tingkatan Enam Pontian.






















Share: