Ceramah Motivasi dan Laluan ke IPTA


4 Oktober 2017:  Unit Bimbingan dan Kaunseling Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mengadakan Ceramah Motivasi dan Lalaun pelajar ke IPTA bertempat di Perpustakaan KTEP. Program ini bermula dari jam 8:00 pagi sehingga jam 3:30 petang. Semua guru dan pelajar KTEP terlibat dalam  program ini. Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Pontian juga turut dijemput ke KTEP untuk sama-sama mendengar ceramah ini. Ceramah telah disampaikan oleh En. Rosli Bin Mohd Aris.

Ceramah ini terbahagi kepada 3 slot iaitu motivasi dan hala tuju selepas STPM, meritokrasi dan syarat kelayakan serta cara memohon IPTA. Penceramah turut berkongsi maklumat dan pengalaman beliau berkenaan kemasukan pelajar ke IPTA. Program ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka. 






















Share: