Hari Sukan Negara Peringkat Kolej


12 OKTOBER 2017 : Hari Sukan Negara peringkat Kolej Tingkatan Enam Pontian telah dijalankan di Kolej Tingkatan Enam Pontian dari jam 8:00 pagi sehingga jam 10:30 pagi. Program ini melibatkan semua guru dan pelajar KTEP. Program ini diadakan bagi menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan 

Antara aktiviti yang dilakukan pada Hari Sukan ini adalah Senaman Aerobik yang diketuai oleh wakil dari Persatuan Belia dan Sukan Daerah Pontian. Seterusnya, pertandingan futsal bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Pertandingan ini di antara pelajar senior dan pelajar junior yang dijalankan secara serentak. Pelajar senior lelaki dan pelajar senior perempuan telah menjuarai pertandingan ini. Dengan adanya program seperti ini guru-guru dan pelajar dapat meluangkan sedikit masa untuk beriadah setelah penat berkerja dan belajar. 

































Share: