MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-63 "MALAYSIA PRIHATIN"

 13 SEPTEMBER 2020 (AHAD) telah diadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 "Malaysia Prihatin". Tn Pengetua, Cikgu Mastura Aladdin bin Masro telah merasmikan majlis penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang sepanjang bulan kemerdekaan ini. 

Sepanjang bulan Kemerdekaan telah diadakan pelbagai pertandingan untuk semua pelajar.  Antaranya ialah pertandingan antara kelas iaitu menghias sudut kemerdekaan, membuat  wau, drama pendek dan sudoku. 








Share:

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-63 (MALAYSIA PRIHATIN)

27 OGOS 2020 (KHAMIS) telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-63 (Malaysia Prihatin). Majlis Pelancaran ini bagi mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan serta mengeratkan perpaduan di semua peringkat. Majlis ini juga dapat memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa pelajar-pelajar KT6 Pontian agar terus kekal sehingga dewasa. Tema kemerdekaan pada tahun 2020 ialah Malaysia Prihatin. 




Share: