Jamuan perpisahan Guru ganti Cik Norsuhaidah

5 November 2014, jamuan perpisahan Cik Norsuhaidah Abd Rahman, guru pengganti Pn Maimanah yang menunaikan fardu haji di Mekah.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Cik Norsuhaidah dan selamat menjamu selera. ;)

















Share:

Solat Hajat Perdana dan Qiamullail bagi calon-calon STPM

Pada malam 30hb Oktober 2014, satu solat hajat perdana telah dilangsungkan di SMK Seri Bandar Pontian. Semua warga sekolah, ibu bapa dan juga pelajar-pelajar bermunajat menunaikan solat hajat, membaca yasin secara berjamaah agar dipermudahkan segala urusan ketika menduduki peperiksaan nanti.

Pada malam harinya, para pelajar dan guru turut melakukan qiamulail. Diharap aktiviti kerohanian seperti ini memberi ketenangan kepada jiwa para pelajar ketika menduduki peperiksaan nanti, In sha Allah. Semoga dipermudahkan.














Share:

Majlis Doa Restu STPM 2014 (P3) dan STPM 2015 (P1)

Para pentadbir dan tenaga pengajar serta seluruh warga sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar calon STPM P3 dan P1. Doa kami sentiasa mengiringi anda semua.







Share:

Lawatan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ke SMK Seri Bandar Pontian

Pada 21 Oktober 2014 , satu deligasi PPD Pasir Gudang telah mengadakan lawatan rasmi ke SMK Seri Bandar Pontian. Lawatan ini mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak  dan diharap dapat memberi ruang bagi apa jua kerjasama di masa akan datang.















Share:

Majlis Penyerahan Watikah Perletakan Jawatan MPPU sesi 2014 dan Perlantikan MPPU sesi 2014/2015

Bertempat di Pusat Sumber SMK Seri Bandar Pontian pada 16 Oktober 2015 satu Majlis Penyerahan Watikah Perletakan Jawatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPU) sesi 2014 dan Perlantikan MPPU sesi 2014/2015 telah diadakan. Memorendum penyerahan tugas telah ditandatangani oleh Saudara Lee Jia Hoo iaitu merupakan bekas Presiden  MPPU SMK Dato' Penggawa Barat dan Saudara Ahmad Nur Hadi Samingun yang merupakan bekas Presiden MPPU SMK Seri Perhentian bagi sesi 2013/2014.

Sementara itu tugas presiden yang baru pula adalah disandang oleh Saudara Mohd. Akmal Najim bin Azmi selaku Presiden MPPU SMK Seri Bandar Pontian bagi sesi 2014/2015.

Tahniah diucapkan kepada presiden MPPU yang baru, semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh tangungjawab dan dedikasi sebagai mewakili para pelajar Pra Universiti pada sesi ini.



























Share:

PELANCARAN PROGRAM KITAR SEMULA

Bertarikh 15 oktober 2014 , satu majlis Pelancaran Program Kitar Semula Peringkat sekolah telah diadakan dan dirasmikan oleh Tuan Hj Asri Bin Amat, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor. Majlis turut dihadiri oleh wakil dari PPD dan juga Pengerusi PIBG SMK Seri Bandar Pontian.

Tujuan Program seumpama ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terutamanya para pelajar dan ibu bapa akan tangungjawab individu terhadap amalan kitar semula. Ini bagi menggalakkan penglibatan semua pihak dalam menjaga kebersihan alam sekitar seiring dengan matlamat PPSPPA untuk menjadikan negara kita sebuah negara bersih dan sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada penyelaras program Kitar Semula, Tuan Hj Md. Razi bin Hj Md Jidi di atas kejayaan Program ini.













Share: