Solat Hajat Perdana dan Qiamullail bagi calon-calon STPM

Pada malam 30hb Oktober 2014, satu solat hajat perdana telah dilangsungkan di SMK Seri Bandar Pontian. Semua warga sekolah, ibu bapa dan juga pelajar-pelajar bermunajat menunaikan solat hajat, membaca yasin secara berjamaah agar dipermudahkan segala urusan ketika menduduki peperiksaan nanti.

Pada malam harinya, para pelajar dan guru turut melakukan qiamulail. Diharap aktiviti kerohanian seperti ini memberi ketenangan kepada jiwa para pelajar ketika menduduki peperiksaan nanti, In sha Allah. Semoga dipermudahkan.














Share: