Majlis Jamuan Akhir Tahun 2017 & Meraikan Persaraan Tuan Haji Misran bin Selamat


5 NOVEMBER 2017 : Majlis Jamuan Akhir Tahun 2017 & Meraikan Persaraan Tuan Haji Misran bin Selamat telah disambut di Rumah Citra Sri Pinang, Parit Pinang, Benut. Majlis ini bermula dari jam 2:00 petang sehingga jam 4:30 petang. Semua guru KTEP dan beberapa orang tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Abdul Rahman bin Pidek, Naib YDP PIBG iaitu Pn. Hjh Sukini binti Dahlan, dan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu En. Nasaruddin.

Majlis ini bagi meraikan dan penghargaan kepada guru-guru dan staf KTEP sepanjang tahun 2017 serta meraikan persaraan Tn. Hj Misran bin Selamat, GPK Pentadbiran KTEP. Majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara warga KTEP, pihak PIBG dan Pegawai Perhubungan Sekolah.































Share:

Pemberitahuan

Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar STPM 2024 atas kejayaan cemerlang anda

Kategori

MISI

Melestari sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

VISI

Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.