LAWATAN EKSPLORASI HUTAN BAKAU DI PULAU KUKUP


11 OGOS 2018 : Seramai 4 orang guru dan 35 orang pelajar telah mengadakan lawatan ke Pulau Kukup. Pelajar dapat mengenal hutan bakau melalui lawatan ini. Penerangan tentang hutan bakau Pulau Kukup ini telah disampaikan oleh En. Azam dan Cik Jannah , wakil daripada Taman Negara Pulau Kukup.  Sebelum bertolak ke Pulau Kukup pelajar telah mendengar taklimat di Pejabat Taman Negara Pulau Kukup. 

Semasa di Pulau Kukup , Pelajar dan guru telah diperkenalkan dengan beberapa jenis pokok bakau yang terdapat di hutan bakau Pulau Kukup ini. Pelajar dan guru juga dapat mengetahui cara untuk membezakan atau mengenal jenis pokok bakau. Selain itu, pelajar dan guru juga didedahkan dengan hidupan yang terdapat di hutan bakau tersebut seperti ketam, siput dan lain-lain. Guru dan pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri menanam benih pokok bakau di Pulau Kukup ini. 




























































Share: