Pengumumam keputusan STPM 2014

 2 Mac 2015, merupakan tarikh bersejarah kepada para pelajar STPM 2014 di mana pengumuman keputusan STPM 2014 telah dibuat pada hari itu. Ini juga merupakan sejarah bagi Pusat Tingkatan Enam, SMK Seri Bandar Pontian kerana ini merupakan pelajar-pelajar pertama yang mengambil STPM di sekolah ini walau pun mereka hanya sempat berada di sekolah ini untuk satu semester sahaja.
Dua orang pelajar telah berjaya memperolehi keputusan paling cemerlang dan seterusnya bergelar pelajar terbaik sekolah dengan memperolehi PNGK 3.92. Pelajar tersebut adalah Boo Wen Hao dari aliran sains dan Siti Atikah binti Md Yunus dari aliran kemanusiaan. Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga pelajar-pelajar lain yang beroleh keputusan cemerlang.

Boo Wen Hao bersama Puan Pengetua
Siti Atikah Md Yunus bersama Puan  Pengetua
Wajah- wajah ceria pelajar bersama keputusan masing-masing

Para pelajar sedang menyemak keputusan bersama guru kelas

Share: