KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI 2018



24 FEBRUARI 2018 : Seramai 30 orang pelajar dan 3 orang guru Kolej Tingkatan Enam Pontian telah pergi ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara Zon Selatan di PERSADA Johor International Convention Center, Johor Bahru. Pelajar dapat mencari maklumat berkaitan dengan Universiti dan bidang yang ditawarkan di IPTA atau IPTS. 

Karnival ini dianjurkan oleh Kemeterian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berlangsung pada 24 & 25 Februari 2018.

Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pameran pendidikan, bimbingan kerjaya, konsultasi pendidikan, teknikal dan kemahiran, interaktif konsultasi UPU online, demonstrasi seni kreatif dan lain-lain. Karnival ini disertai oleh Universiti Awam, Universiti Swasta, Jabatan Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia. 
































Share: