PROGRAM GERAK MESRA TEPIAN LAUT PONTIAN anjuran Majlis Daerah Pontian dengan kerjasama KT6 Pontian

28 JULAI 2019 : Program Gerak Mesra Tepian Laut Pontian anjuran majlis Daerah Pontian dengan kerjasama KT6 Pontian telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini melibatkan pelajar-pelajar semester 1 dan guru-guru KT6 Pontian. Program ini bermula dari jam 7.30 Pagi sehingga jam 12.00 Tgh hari.

Program bermula dengan senaman aerobik, sarapan pagi dan taklimat daripada Pegawai Majlis Daerah, Kutipan sampah dan Majlis Penutup. Sampah yang berjaya dikutip semasa program ini ialah seberat 598 KG. 

Objektif program ini adalah untuk :
  1. memupuk budaya menyayangi kebersihan tepi laut dan bersama-sama mengekalkan kebersihan dan kecantikan tepi pantai yang sedia ada. 
  2. mendekatkan diri pelajar dengan nilai ke arah menjaga kelestarian khazanah terutamanya tepi laut.
  3. menyemai semangat bekerjasama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan tepi laut dan dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang sihat. 













EDARAN PAMPLET KEMPEN KESEDARAN SAYANGI ALAM SEKITAR 









Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.