22 OGOS 2019 : Sambutan Hari Kokurikulum KT6 Pontian telah dilaksanakan pada hari Khamis yang lalu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan semasa Hari Kokurikulum tersebut. Antaranya ialah senamaerobik, gerai jualan, pertandingan badminton, petanque, e-game dan pertandingan peringkat daerah iaitu escape room, bola tampar, futsal dan zapin. Pertandingan peringkat daerah melibatkan SMK Benut, SMK Sri Kukup, SMK Penggawa Barat, SMK Sri Perhentian dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.
Matlamat program :
Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien sebagaimana hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk memantapkan modal insan.
Objektif program ini adalah :
1. Menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar tingkatan enam untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan untuk memimpin menerusi aktiviti yang disertai.
2. Memupuk sikpa toleransi, kerjasama, bertanggungjawab dalam pasukan serta meningkatkan keberanian dan keyakinan diri para pelajar.
3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.