TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
AQILAH NAJIHAH BINTI HASHIM
(Pelajar SS7/Semester 3)
ATAS KEJAYAAN MENDAPAT TEMPAT
SAGUHATI
DALAM
PROGRAM JALINAN SENI VISUAL KTESA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
pembinaan intelek dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini untuk memperoleh pencapaian dalam peperiksaan STPM terbaik bagi membolehkan pelajar berjaya ke universiti.
memperkasa kemahiran insaniah (softskill) , menggilap kepimpinan, keterampilan, bakat, minat dan kemenjadian setiap pelajar dalam pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
membina akhlak dan sahsiah yang baik, berbudi pekerti mulia, serta kesopanan dan kesantunan yang tinggi sebagai teras pembangunan modal insan.
berfikiran aras tinggi, dan berfikir di luar kotak bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar di peringkat domestik dan antarabangsa.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
AQILAH NAJIHAH BINTI HASHIM
(Pelajar SS7/Semester 3)
ATAS KEJAYAAN MENDAPAT TEMPAT
SAGUHATI
DALAM
PROGRAM JALINAN SENI VISUAL KTESA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
Pada 31 Oktober 2023 telah diadakan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah di Dewan Kuliah Ibnu Rusyd, KT6 Pontian. Majlis ini berlangsung dari jam 7.30 hingga 9.00 pagi. Semua pelajar Semester 1 terlibat dalam majlis pelancaran ini. Turut hadir ialah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu ASP Mohd Anizan bin Mohamad@ Mohd Zin. Majlis ini dirasmikan oleh PN. Hjh. Noralizah binti Sahid, GPK Pentadbiran KT6 Pontian.
Pada 29 Oktober 2023 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Taklimat UPU: Selangkah Persediaan ke IPTA bagi Pelajar Semester 1 di Dewan Kuliah Ibnu Rusyd, KT6 Pontian. Taklimat ini dijalankan dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 Petang. Penceramah ialah Dr Rosli Bin Mohamad Aris (Pegawai Pemilihan Pelajar ke IPTA)
29 Oktober 2023 Warga KT6 Pontian telah melaksanakan Majlis Pelancaran Minggu Solidariti Palestin & Tabung Kutipan Sumbangan kepada Rakyat Palestin. Majlis diadakan di Dewan Al-Farabi, KT6 Pontian. Majlis ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mohd Nor, Pengetua Cemerlang Gred Utama C Kolej Tingkatan Enam Pontian.