PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN (PerKISS 2019)


3 NOVEMBER 2019 : Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS 2019) bagi Kategori Utama Sekolah Menengah. Guru penasihat Kelab Alam Sekitar iaitu Cikgu Khir bin Yusof bersama 3 orang ahli Kelab Alam Sekitar mewakili KT6 Pontian ke majlis penyampaian hadiah dalam Majlis Pelancaran Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia 2019 Dasar Kebersihan Negara Hari Kitar Semula Kebangsaan 2019 di Pejabat Muafakat Komuniti PPR Tehel, Melaka. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu YAB Tuan Adly bin Zahari. Tempat ke-3 mendapat Wang tunai RM1000, trofi dan sijil pencapaian. 








PERINGKAT NEGERI JOHOR

Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menjadi Johan bagi kategori sekolah Menengah  Peringkat Negeri Johor. 




Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.