9 JANUARI 2020 KT6 Pontian telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2020 di Dewan Ibnu Rusyd KT6 Pontian. Majlis diadakan dari jam 11 pagi hingga jam 12.30 tengah hari dengan tema Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah. Penceramah dalam majlis ini ialah Ustaz Muhammad Yusof bin Ismadi (Guru Agama Sekolah Agama Seri Gading, Batu Pahat). Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG Tn. Hj. Abdul Rahim bin Pidek.
Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan bagi menerapkan perasaan cinta kepada Rasulullah S.A.W serta mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan seharian, menanamkan sikap saling bekerjasama dan mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga kolej, merai dan memperingati hari-hari kebesaran Islam dalam kehidupan dan melahirkan warga yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunaah sebagai pegangan dan panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

ANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU DI SEBALIK KELAHIRAN RASULULLAH
MALAIKAT MEMBERITAHU Aminah tidak perasan kehamilannya hinggalah ke bulan ke-3 kerana tidak ada tanda atau kesan
SEMUA MAKHLUK BERKATA Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam Rahim Aminah, Allah SWT memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi
MIMPI MENAKJUBKAN Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. la umpama kapas putih yang terapung di angkasa
CAHAYA TERPANCAR Semasa baginda dilahirkan, bondanya Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda

Penceramah : Ustaz Muhammad Yusof bin Ismadi
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.