MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DEKAD MEMBACA TAHUN 2020

5 FEBRUARI 2020 telah diadakan majlis perasmian Program Dekad Membaca 2020 di Dewan Al-Farabi KT6 Pontian dari jam 2.30 -3.20 petang. Program ini dirasmikan oleh Tn. Pengetua KT6 Pontian iaitu Cikgu Mastura Aladdin bin Masro. 

Tentatif majlis 

  • Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku
  • Bacaan Doa 
  • Ucapan Pengerusi Pustakawan 2020 - Nur Fatihah binti Badrul Hisyam 
  • Ucapan Guru Perpustakaan dan Media - Cikgu Mohd Iszuan Bin Mohd Lehan
  • Ucapan dan Perasmian Tn. Pengetua - Cikgu Mastura Aladdin bin Masro
  • Gimik Pelancaran
  • Penyerahan Penanda Buku
  • Bersurai 
Objektif Program Dekad Membaca ini adalah untuk membudayakan pembacaan dalam kalangan murid, guru dan komuniti setempat, menjadikan sekolah sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, dan mengupayakan pusat sumber sebagai pusat ilmu. 

Program Dekad Membaca ini akan berlangsung dari bulan Februari 2020 sehingga Oktober 2020. 





Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.