WORLD QURAN HOUR

 Pada 13 April 2023 telah diadakan Program World Quran Hour di Dewan Al Farabi KT6 Pontian. 

World #QuranHour adalah sebuah kempen berimpak tinggi yang telah dipelopori oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation bermu!a dari tahun 2015 setelah kejayaan kempen #MalaysiaNgaji (Malaysia #QuranHour) dan Aktifkan #RumahNgaji. la merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

Matlamat utama World #QuranHour adalah untuk:-

i. menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran - Baca, Faham dan Amal.

ii.  menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran bagi membentuk cara hidup berlandaskan al-Quran 

iii. melahirkan legasi yang mempunyai sistem operasi diri berlandaskan al-Quran untuk membangun Negara & Dunia yang Berbudi dan Penyayang.

World #QuranHour 2023 akan diadakan pada 22 Ramadan 1444H bersamaan hari Khamis, 13 April 2023 pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari. Lokasi Perdana kali ini adalah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan akan dijalankan serentak di seluruh dunia dengan kerjasama rakan sinergi daripada media, agensi kerajaan dan swasta di dalam dan luar negara yang mempunyai matlamat yang sama.

Untuk tahun 2023 ini Surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema "Memanusiakan manusia" (Humanising the Ummah) melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga seketuarga.





Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.