MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM PROJECT IDEATION EXPERIENCE (PIE) CHALLENGE 2024

 30 Ogos 2024 | Majlis Perasmian Penutupan Program Project Ideation Experience (PIE) Challenge 2024 bertempat di Dewan Al-Farabi, Kolej Tingkatan Enam Pontian, Johor.

Program yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dengan kerjasama IEEE Malaysia Communication and Vehicular Technology Joint Chapter, Institution of Engineering and Technology (UTM IET on Campus), dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian (PPD) ini merupakan salah satu inisiatif akademik yang direka untuk mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta membangunkan intelektual dalam kalangan pelajar sekolah.

Program diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Merangkap Ahli Parlimen Pontian yang turut merasmikan program ini.

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), YBrs. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Timbalan Dekan FKE UTM, YBrs. Professor Madya Ir. Ts. Dr. Asrul Izam Bin Azmi, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, YBrs. Tuan Haji Abdul Rahman bin Salleh, dan Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian, YBs. Tuan Haji Zaidi bin Ahmad.


2 kumpulan dari Kolej Tingkatan Enam telah berjaya memenangi 2 kategori.

  •  Kategori SDG7 :Affordable And Clean Energy dimenangi oleh kumpulan TE1
  •  Kategori SDG11: Sustainable Cities And Communities dimenangi oleh kumpulan TE3.

 

Tahniah diucapkan kepada pemenang

 



 

Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Pemberitahuan

KTEP TOWARDS MAGNIFICENT VICTORY

Kategori

MISI

Melestari sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

VISI

Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.