Pada 25 dan 26 Oktober 2024 telah berlangsung Cabaran Rekabentuk Jambatan (CRJ) tahun 2024 anjuran Kolej Matrikulasi Peringkat Kebangsaan. Pihak Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menghantar satu penyertaan dalam kategori Rekebentuk Jambatan Lidi dan Rekabentuk Jambatan 3D Eko-terarium.
Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mendapat Pingat Emas bagi Kategori Rekebentuk Jambatan Lidi dengan nilai kecekapan 229.5 menampung berat sebanyak 48.8 kg .
Manakala bagi cabaran Rekabentuk Jambatan 3D Eko-terarium pula KTEP mendapat tempat kedua atau pingat Gangsa bagi kategori rekebentuk jambatan 3D serta pingat Gangsa dalam kategori Eko-terarium.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru pengiring yang terlibat dalam pertandingan ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.