Karnival Sukan Tingkatan Enam Peringkat Sekolah 2015

25 Februari 2015 satu karnival sukan peringkat sekolah telah dijalankan. Karnival ini bertujuan bagi menyediakan pelajar ke peringkat seterusnya iaitu daerah dan negeri di samping mendedahkan pelajar kepada pengurusan menganjurkan pertandingan itu sendiri.
Pelajar -pelajar dari lapan kelab sukan mengajurkan pertandingan secara terbuka bagi setiap kelab sukan permainan iaitu permainan ping pong, petanque, bola tampar, bola jaring, bola keranjang, futsal, badminton dan sepak takraw.
Secara amnya karnival seperti ini dapat memupuk daya kepimpinan pelajar di samping menggalakkan pelajar untuk terus bersukan walaupun di tingkatan enam dan seterusnya di pusat pengajian tinggi nanti.

























Share: