Home »
» Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua.
Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua.
Bertarikh 12 Februari 2015, mesyuarat agung PIBG yang kedua kalinya telah dijalankan di Pusat Tingkatan Enam SMK Seri Bandar Pontian, Johor. Mesyuarat yang berlangsung Pada 2.30 petang itu telah mendapat sambutan yang positif dari pihak ibu bapa. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Daud bin Mohd Nor selaku yang dipertua PIBG. Pihak sekolah berharap agar hubungan baik antara guru, ibu bapa dan pelajar dapat dijalinkan dengan lebih akrab lagi bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekolah.