Bengkel Teknik Menjawab Seni Visual

14 OKTOBER 2017 : Bengkel Teknik Menjawab Seni Visual telah diadakan di Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian pada hari Sabtu dari jam 8:00 pagi sehingga jam 12:30 tengah hari. Pendaftaran bagi peserta bengkel bermula seawal 7:00 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Jumaan Bin Abu Bakar dari SMK Semerah, Batu Pahat. Seramai 28 orang pelajar seni KTEP dan Guru Seni Visual KTEP iaitu Pn. Sanisah binti Sanusi dan En. Isamudin bin Ali yang teribat dengan bengkel ini. Bengkel ini turut disertai oleh 91 orang pelajar dan 4 orang guru Seni Visual dari SMK Kukup, SMK Benut, dan SMKD Yunus Sulaiman. Guru-guru Seni Visual dari sekolah lain termasuklan En. Rozman bin Safie, Pn. Rohani bte Hashim, En. Mohd Tazarudin bin Mohd Tamin dan Pn. Yasmin Syakilla bt Yaakub. 

Objektif program : 

  1. Pelajar dapat mengetahui teknik dan cara yang betul untuk menjawab kertas Seni Visual 970/1 serta menepati skema permarkahan. 
  2. Pelajar memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan serta teknik untuk menjawab kertas Seni Visual 970/1.
  3. Pelajar dapat menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan STPM yang bakal diduduki awal bulan November. 








Share: