Senaman Pagi

10 hari menjelang hari peperiksaan, aktiviti senaman pagi dilakukan sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap pagi. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian. 

Aktiviti senaman pagi ini diharap dapat membantu pelajar dan guru menghilangkan rasa tertekan kerana peperiksaan yang semakin hampir. Aktiviti ini juga dapat membantu guru dan pelajar supaya lebih aktif dan bertenaga sepanjang hari. 

















Share: