KEMBARA ILMU DAN LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018 (PBAKL18)

Pada 27 dan 28 APRIL 2018 , Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menganjurkan Program Kembara Ilmu dan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL,2018). Seramai 10 orang guru dan 30 orang pelajar Kolej Tingkatan Enam Pontian menyertai lawatan ini. 

Pada hari pertama iaitu 27 April 2018 (Jumaat), rombongan ini berkunjung ke beberapa tempat iaitu Pusat Pengurusan Akademik, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Masjid di UKM. Lawatan ke UKM bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar kriteria pemilihan kos di universiti dan suasana pembelajaran di universiti. Kemudian, rombongan berkunjung ke Muzium Negara sebelum bermalam di Kompleks Belia, Bukit Kiara. Rombongan ke Muzium Negara bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang sejarah di negara kita. 

Gambar di Pusat Pengurusan Akademik, UKM























Gambar di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM
























Gambar di Muzium Negara 















Pada hari kedua 28 April 2018 (Sabtu) rombongan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL18) di PWTC. Rombongan ke Pesta Buku ini bertujuan untuk menambahkan minat membaca buku dalam diri pelajar. Pelajar juga dapat mencari buku-buku untuk digunakan sebagai bahan ulang kaji dan bahan bacaan yang lain. 

Ganbar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
















Share: