1 APRIL 2018 : Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM dan MUET kali ke-5 Tahun 2017 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Pontian. Majlis berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah hari. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan pelajar cemerlang STPM dan MUET tahun 2017. Ibu bapa kepada pelajar yang cemerlang juga turut hadir meraikan majlis ini.
Seramai 105 orang pelajar diraikan dalam majlis ini. Jumlah ini terdiri daripada pelajar yang mendapat NGMP 3.00 hingga 4.00. Majlis ini diharapkan dapat meningkatkan semangat dan motivasi kepada pelajar senior 2018 untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan STPM 2018.
PENDAFTARAN :
KETIBAAN YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
UCAPAN :
ANTARA PENERIMA ANUGERAH MUET BAND 5 :