KOLOKIUM JATI DIRI BANGSA

    Pada 15 September 2022 telah diadakan Kolokium Jati Diri Bangsa di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, KT6 Pontian. Semua pelajar Semester 1 terlibat dengan Kolokium ini iaitu seramai 193 orang. Kolokium ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang.

     Kolokium ini bertujuan untk mencungkil bakat baru penulis puisi dan cerpen dalam kalangan pelajar, memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan puisi dan cerpen kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif dan memupuk minat dan kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar dan penulis pelbagai kaum. Terdapat 2 slot Bicara Ilmu dalam kolokium ini. Bicara Ilmu 1 iaitu 'Menuju Puncak' telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Zuhri bin Abdullah yang merupakan pengerusi Yayasan Futuris Kebangsaan manakala Bicara Ilmu 2 diaitu 'Sejarah dan Undang-undang Tubuh Johor' disampaikan oleh YBHB. DR. Akbal bin Abdullah yang merupakan pensyarah kanan UTHM. Majlis penutup disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad bin Maslan. Kolokium ini merupakan anjuran daripada Persatuan Penulis Johor. 



















Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.